Berita, Isu Semasa

Ulama nasihat jangan berpuasa

Lebih 700 orang telah mati akibat suhu terlampau panas selama tiga hari berturut-turut di selatan Pakistan, menurut kenyataan dari kerajaan.

Seramai 311 orang meninggal dunia pada hari Selasa di Karachi sahaja.

Dawn News melaporkan, jumlah keseluruhan yang mati setakat ini adalah sebanyak 744 orang di Karachi dan 38 selebihnya di kawasan lain.

heatwave pakiSuhu mencecah sehingga 45 darjah Celsius dan Perdana Menteri Pakis Nawaz Sharif menggesa langkah kecemasan diambil.

Tentera kini sedang membantu menubuhkan pusat kawalan kepanasan.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) berkata, mereka telah menerima arahan dari Sharif semalam untuk melakukan tindakan segera bagi menangi krisis ini.

Kematian berlaku ketika majoriti penduduk beragama Islam sedang menjalani ibadah puasa.

“Kami (ulama) telah menekankan dalam pelbagai saluran televisyen bahawa mereka yang berisiko, terutama di Karachi di mana keadaannya amat serius, harus menahan menahan diri daripada berpuasa,” kata ulama terkenal Tahir Ashrafi, kepada ABC News.

“Islam telah menggariskan syarat-syarat puasa, ia juga disebut dalam Al-Quran yang suci bahawa pesakit dan pelancong yang tidak mampu berpuasa, boleh menangguhnya,” katanya.