Berita, Isu Semasa

‘Ini bukan wang haram, tapi harum’

KOTA BHARU, 26 JUN: Isu tawaran dibuat DAP untuk membantu pembinaan masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang baru-baru ini tidak dilaporkan dengan tepat oleh kebanyakan media, kata Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Menurut beliau yang mesra disapa sebagai Pak Samad, apa yang berlaku ialah DAP menghulurkan tangan untuk membantu penduduk yang pernah menjadi mangsa banjir besar di kawasan berkenaan.IMG-20150625-WA0014

Bantuan itu pula, katanya, ditawarkan selepas DAP menerima aduan daripada penduduk kampung sendiri.

Kekeliruan itu, katanya, meributkan sesetengah pihak sehingga mereka mempertikaikan sumber wang berkenaan, sama ada ia halal atau haram.

“Ini bukan wang haram tetapi wang ini adalah wang harum.

“Ia hasil sumbangan hati dermawan untuk Kelantan,” katanya di majlis perasmian pameran amal Bruce Lee di KB Mall semalam.

Pameran itu diadakan sempena ulang tahun kelahiran aktor filem aksi itu yang ke-75.

Wang yang dikumpulkan daripada penjualan lukisan Bruce Lee akan disalurkan kepada Gabungan Impian Kelantan untuk meringankan beban ditanggung mangsa banjir di negeri itu. – Roketkini.com