Berita

Adun DAP cadang gubal undang-undang kawal pencemaran luar Malaysia

KUALA LUMPUR 28 SEPT: Kerajaan Persekutuan dicadang menggubal undang-undang pencegahan pencemaran merentasi sempadan bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap syarikat yang melakukan pencemaran di luar Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Ng Tien Chee, berkata ia antara pilihan yang boleh mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka di Indonesia, dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Indonesia atau membawa isu ke peringkat Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mencontohi Singapura, beliau berkata, Kerajaan Singapura mengambil tindakan undang-undang terhadap Asia Pulp and Paper serta lima syarikat lain yang dipercayai terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia selepas penggubalannya lulus pada 2014.

“Perbincangan sahaja tidak berkesan kerana krisis itu berulang setiap tahun dan suatu cara penyelesaian yang lebih drastik harus dirancang,” katanya kepada kenyataan media, hari ini.

Masalah jerebu berlarutan selama 22 tahun sejak mula menjadi serius pada 1993.