Rencana

Tiga mitos, tiga realiti dan satu cita-cita

WUJUD beberapa mitos politik di Malaysia yang perlu dipecahkan jika mahu Malaysia maju ke depan sebagai negara model dunia yang bersatu-padu, harmoni, sederhana dan masyarakatnya terbuka.

UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO

Mitos itu jauh dari benar kerana, sejak dari pilihan raya umum pertama pada 1959, UMNO bukanlah satu-satunya parti politik yang mewakili orang Melayu di Malaysia.

Namun, dari mitos inilah lahirnya mitos lain – mitos tentang hak dan kepentingan orang Melayu terancam lantaran UMNO bergelut dalam pertembungan politik. Mitos lain ialah jika UMNO disingkir dari Putrajaya, perkara pertama yang akan dimansuh ialah hak dan kepentingan orang Melayu.

najib-shahrizat1Kalaupun Najib disingkir atau jika UMNO jatuh dari tampuk kerajaan, kuasa politik Melayu tidak pernah terancam. Seperti yang dicerminkan oleh demografi Malaysia, jawatan Perdana Menteri yang baru akan dipegang orang Melayu dan pakatan pemerintah baru juga didominasi oleh orang Melayu.

Malah, Tengku Razaleigh Hamzah, seorang veteran UMNO ada menyebut beliau tidak pasti dari mana datangnya ancaman terhadap orang Melayu. Sedangkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri – selain Pulau Pinang – dipimpin orang Melayu, perkhidmatan awam dan tentera juga kebanyakannya orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu juga ada.

Aktivis hak asasi Malaysia, Zainah Anwar turut mempersoal mengapa isu ‘ancaman terhadap orang Melayu’ datang setelah 58 tahun pemerintahan UMNO. Beliau bertanya mengapa – selepas empat dekad Dasar Ekonomi Baru diwujudkan:

– 75.5 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu
– 90 peratus lepasan universiti yang menganggur adalah orang Melayu
– Daripada RM54 bilion yang diperuntuk kepada individu dan institusi Melayu antara 1984 hingga 2005, hanya RM2 bilion yang kekal dipegang orang Melayu hari ini.
PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS

Parti yang memerintah sejak enam dekad lalu, UMNO juga tidak bersetuju dengan mitos itu. Hanya kerana seseorang tidak menjadi ahli parti politik tertentu, itu tidak boleh menjadi alasan untuk mempersoal kepercayaan agama dan semangat kenegaraannya.

Mitos itu hanya memecah belah dan menghancurkan cita-cita untuk membina masyarakat Malaysia yang progresif dan inklusif.

DAP adalah Cina dan Cina adalah DAP

Sejak awal penubuhan DAP sekitar 50 tahun lalu, DAP menolak mitos itu. Matlamat DAP ialah menjadi parti untuk rakyat Malaysia, bukannya parti orang Cina atau parti orang bukan Melayu.

DAP-attracting-Malays-now-a-truly-Malaysian-party_EN_785x442Bahkan, DAP adalah parti Pan-Malaysia pertama yang membuka cawangan di Sabah dan Sarawak serta mengalu-alukan penyertaan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau negeri.

Untuk menjadi sebuah parti disokong seluruh rakyat Malaysia, sesebuah parti tidak boleh menjadi anti-Melayu atau anti-Islam; tidak juga boleh anti-Cina, anti-India, anti-Dayak, anti-Kadazandusun ataupun anti-Buddha, anti-Kristian, anti-Hindu atau anti-Sikh.

Kerana itu, sejak pilihan raya umum pertama yang ditandingi DAP pada 1969, DAP sentiasa meletakkan calon berbilang kaum dan agama. Malah, pada pilihan raya 1969 itu juga, dua Ahli Parlimen Melayu dari DAP terpilih; satu di Perak dan satu di Negeri Sembilan.

Sepanjang 11 pilihan raya umum yang ditandinginya, DAP melantik ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melayu di Semenanjung Malaysia. Jika dibandingkan dengan MIC, DAP juga lebih banyak melantik Ahli Parlimen India.

Atas usaha DAP juga, jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak diberi kepada orang India selepas pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya umum 2013, seorang ADUN Kadazan dilantik di Sabah. Dan, untuk pilihan raya negeri akan datang, kita berharap akan dapat menyaksikan pelantikan seorang ADUN DAP Dayak yang pertama di Sarawak.

sarawak_dap_ubah_mascotIa membuktikan DAP tidak pernah mahu menjadi parti orang Cina atau parti anti-Melayu kerana matlamat DAP ialah menjadi parti rakyat Malaysia. Mitos ‘DAP adalah Cina dan Cina adalah DAP’ hanya propaganda UMNO-BN yang berniat jahat dan sama sekali tidak benar.

Walaupun ada usaha menyebar mitos ‘MCA adalah Cina dan Cina adalah MCA’ tetapi keputusan pilihan raya menunjukkan pengundi Malaysia menolaknya bulat-bulat termasuk pengundi Cina. Malah, MCA hanya menang tujuh kerusi Parlimen dan sebelas kerusi negeri
pada pilihan raya umum 2013.

Pra-syarat kelayakan seseorang pemimpin DAP ialah, pertama-tamanya mengutamakan rakyat Malaysia dan kedua, etnik atau agama.

Dalam usia enam dekad penubuhan negara, semakin ramai rakyat Malaysia yang berkongsi pandangan dan azam yang sama – yang identiti utamanya ialah rakyat Malaysia dan yang kedua adalah Cina, Melayu, India, Kadazan Dusun dan Iban, atau Muslim, Kristian, Buddha,
Hindu, Taois dan Sikh.

Inilah harapan dan tujuan Impian Malaysia, sama ada Impian Sabah, Impian Sarawak, Impian Kelantan, Impian Kedah-Perlis atau Impian Johor.

Ada tiga realiti politik di Malaysia yang perlu kita sedari:

i) Tidak akan ada satu bangsa atau satu parti politik yang mampu memerintah Malaysia. Dengan adanya kerjasama antara-kaum, antara-agama dan antara-parti – secara adil dan bukannya sebagai orang atasan dengan orang bawahan – Malaysia mampu menjadi sebuah negara bermasyarakat majmuk yang progresif, maju dan inklusif serta menjadi negara model kepada Timur Tengah dan juga dunia.

amanahii) Walaupun Pakatan Rakyat tidak ada lagi, dasar Rangka Kerja Polisi Bersama Pakatan Rakyat serta polisi kesepaduan negara, keadilan, kemajuan dan keamanan masih relevan. Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara akan terus memperjuang harapan dan cita-cita rakyat Malaysia untuk masa depan negara.

iii) Bagi menyelamatkan negara, seluruh rakyat Malaysia – secara individu dari parti politik, organisasi dan paling utama, dari kerajaan pusat dan negeri – perlu lebih terbuka dalam menerima sumbangan semua kaum, agama, negeri dan kelompok.

Jika korupsi, salah guna kuasa, keruntuhan badan perundangan dan kegagalan pemerintah tidak dihentikan, Malaysia akan menuju ke arah sebuah negara gagal.