Rencana

Lim Kit Siang: Perjuangan yang belum selesai

 

SEPANJANG separa dekad lalu, telah banyak usaha cuba digembleng pemerintah  untuk mendiamkan Lim Kit Siang dan semuanya gagal sama sekali.

Terkini – penggantungan beliau dari Parlimen selama enam bulan – juga tak akan dapat melenyapkan kelantangan Kit Sing dalam memperjuangkan kepentingan negara.

DSC_0193-416x580Selepas 50 tahun dalam perjuangan, beliau menempuhi liku-liku politik bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) – yang tidak didaftar pada awal penubuhannya – perjalanannya belum selesai.

Parti pemerintah memang mahu mendiamkan beliau kerana tahu ramai rakyat Malaysia seiring dan senada dengan Kit Siang. Pemerintah tahu ramai lebih percayakan Kit Siang berbanding Barisan Nasional (BN).

Jadi, apakah yang berlaku di Parlimen baru-baru ini?

Kit Siang hanya menjalankan amanah selaku sebagai Ahli Parlimen dengan melontar pandangan berasaskan fakta – memberi komenter terhadap peranan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin kerana menghalang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dari mengadakan mesyuarat.

Komentar itu dilontar kerana Pengerusi PAC terdahulu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik menganggotai kabinet sedangkan PAC ketika itu dalam proses memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Seterusnya, ia membawa kegagalan terhadap usaha meneruskan siasatan terhadap skandal berkenaan. Proses itu menjadi semakin tertangguh apabila empat Ahli Parlimen BN dalam PAC ditarik masuk ke kabinet.

Najib-1mdb-320Sebelum ini, Najib menggunakan strategi dengan menyingkirkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengelak krisis kemungkinan diheret ke mahkamah.

Sebenarnya, PAC masih boleh meneruskan proses siasatan. Kerana ada masih seorang Timbalan Pengerusi dan sembilan Ahli Parlimen lain dalam jawatankuasa berkenaan.

Namun, pada saat kritikal itulah Pandikar selaku speaker memutuskan PAC tidak boleh bermesyuarat, sekaligus menghalang menjalankan tugas mereka.

Sebenarnya juga, Nur Jazlan boleh saja menolak tawaran pelantikan menganggotai kabinet dan terus mengetuai PAC. Speaker Pandikar juga boleh saja memainkan peranan sebenar dengan mengizinkan PAC meneruskan mesyuarat.

Mereka boleh saja mengubah haluan sejarah negara kita.

Mereka boleh saja berpihak pada rakyat, bukannya pada Najib yang sarat skandal. Tapi nampaknya, Nur Jazlan dan Pandikar tak peduli apa-apa. Nyatalah, mereka terlepas peluang untuk mengubah sejarah.

lim-kit-siang (1)Sebaliknya, Kit Siang membuktikan perjuangannya. Selain Gani, Muhyiddin, Tony Pua, pegawai SPRM, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas dan ramai lagi, beliau rela menjadi satu lagi korban skandal 1MDB.

Kata pemimpin veteran DAP itu selepas penggantungan itu: “Semasa saya cuba mendapatkan penjelasan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi PAC, saya bertanya sama ada beliau bersetuju speaker tidak ada kuasa mengikut Peraturan Mesyuarat untuk menghalang PAC – yang ketika itu tidak ada pengerusi – daripada meneruskan siasatan terhadap 1MDB dan itu adalah salah guna
kuasa.”

Pandikar pula berlagak berani, menyatakan Ahli Parlimen boleh membawa usul membantah keputusan ‘mutlak’ beliau. Malangnya, sistem parlimen Westminster yang majoritinya dikuasai penyokong kerajaan, mengakibatkan pembangkang tidak mampu menolak keputusan speaker itu.

Apapun, kalaupun Kit Siang perlu dikenakan penggantungan, beliau patut diberi hak untuk dibicara melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Committee of Privileges).

Seperti yang disebut Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh di Parlimen, berpandu kepada usul pertuduhan terhadap Kit Siang, speaker tidak boleh mengabai proses perbicaraan sesebuah jawatankuasa.

parliamentPeraturan Mesyuarat 80A menyebut: Walau apa pun peruntukan Peraturan Mesyuarat 80 berhubung Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, kiranya pada hemat Majlis telah berlakunya, sama ada oleh seorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang boleh dikenakan hukuman sebagai perbuatan menghina Majlis mengikut Ordinan Majlis-Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Majlis boleh melantik suatu Jawatankuasa untuk terus menyiasat hal itu dan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut Ordinan tersebut.”

(“Notwithstanding the provisions of Standing Order 80 relating to the Committee of Privileges, in any case where it appears to the House that there has been the commission, whether by a member or by any other person, of any acts, matters or things as are made punishable as contempt under the Houses of Parliament (Privileges and Powers) Ordinance 1952, the House may appoint a committee to summarily enquire into such a case and appropriate action in accordance with the said Ordinance.”)

Jadi, speaker perlu mengubah kebiasaan Parlimen bagi mengelakkan Ahli Parlimen dijatuhi ‘hukuman terus’ yang menjadi taktik jahat kerajaan sebagai kumpulan majoriti yang membawa usul dan undi.

Kita juga tak harus lupa ramai Ahli Parlimen pembangkang seperti Fong Po Kuan (2000), Karpal Singh (2004), Gobind Singh (2010), Anwar Ibrahim (2010) dan N Surendran (2013) yang digantung melalui taktik sama.

Sedangkan sistem parlimen Westminster bersifat demokratik dan hukuman penggantungan bertujuan mengekal keharmonian sewaktu persidangan.

Dan, biasanya penggantungan cuma dilakukan beberapa hari saja, itupun ke atas Ahli Parlimen yang gagal mengawal tingkah laku di dewan.

Dalam Parlimen Britain, penggantungan terhadap Ahli Parlimen dibuat atas sebab salah guna kewangan, bukannya kerana menyuarakan pandangan berbeza, menyebelahi mana-mana pihak. Sebaliknya di Malaysia, penggantungan dijadikan alat untuk mendiamkan Ahli Parlimen pembangkang.

kit siang polisNamun, Kit Siang tetap gagal ditakut-takutkan.

Seperti yang disebutkannya di Parlimen, pengorbanan beliau itu tidak akan sia-sia kerana rakyat akan lebih sedar tentang skandal 1MDB.

Biarpun 50 tahun berkecimpung dalam politik, beliau masih menjadi sosok yang digeruni pemerintah, menjadi simbol ulung kepada perlawanan terhadap kerajaan.

Walau digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan, Kit Siang sedang mengorak langkah baru untuk bertemu rakyat Malaysia dari segenap lapisan.

Pada masa sama, rancangan juga sedang diatur untuk sambutan ulang tahun DAP ke-50 pada 18 Mac 2016 beserta ulang tahun ke-50 penglibatan Kit Siang dalam politik pada 1 Disember 2015. Malah ulang tahun kelahirannya yang ke-75 pada 20 Februari 2016.

Jadi, kita jangan sesekali mengalah. Ingatilah ungkapan Thomas Paine, ahli falsafah abad ke-18: “Lebih buruk konfliknya, lebih gemilang kemenangannya.”

 

 

* Liew Chin Tong ialah Ahli Parlimen Kluang.