Berita

Delegasi DAP serah memorandum kepada Kedutaan Besar Indonesia

KUALA LUMPUR 28 OKT: Syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia disaran membantu proses pemadaman kebakaran hutan di negara itu dengan menyewa pesawat bagi melakukan misi ‘pengeboman air’.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata ia berikutan kerajaan Indonesia memerlukan bantuan dalam bentuk pesawat bagi misi ‘pengeboman air’ misi lebih kawasan yang terbakar.

“Syarikat berkenaan juga digalak mengambil tindakan lain yang bersesuaian untuk membantu mengawal dan memadam kebakaran berkenaan,” katanya.

memo2Beliau berkata demikian pada kenyataan media, hari ini selepas menyertai delegasi DAP mengunjungi Duta Besar Indonesia di Malaysia semalam bagi menyerahkan memorandum berkaitan masalah jerebu yang menjejaskan negara ini.

Selain beliau, delegasi diketuai Setiausaha Agung, Lim Guan Eng itu disertai Lim Lip E (Ahli Parlimen (Segambut), Steven Sim (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong), Stephen Wong (Ahli Parlimen Sandakan), Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjong) dan Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera).

Antara kandungan memorandum itu, kata Kian Ming ialah kerajaan Indonesia diminta mempertimbang bantuan teknikal dari Malaysia dan Singapura bagi membantu proses pemadaman kebakaran hutan.

Beliau berkata, hal itu boleh dibuat melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang dua kali tertangguh berdasarkan kenyataan Menteri Alam Sekitar, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Beberapa maklumat dan penjelasan juga disampaikan kedutaan Indonesia itu antaranya keperluan pesawat pengeboman air dan penggunaan 13,900 anggota tentera serta polis bagi memadam kebakaran itu,” katanya.

Kian Ming berkata, delegasi juga dimaklumkan MoU antara Malaysia dan Indonesia tertakluk kepada daerah Riau di Sumatera sekaligus memerlukan perjanjian baru yang meliputi Kalimantan dan bahagian lain di Sumatera.