Berita

Pengerusi Bersih 4 didakwa, penganjur Himpunan Baju Merah?

KUALA LUMPUR 31 OKT: Himpunan Baju Merah yang menimbulkan kekecohan hingga mengakibatkan kecederaan beberapa anggota polis, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah pula diheret ke mahkamah.

Terkejut berikutan Maria dijadual didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman Selasa depan, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata Himpunan Bersih 4 berlangsung aman sekalipun selama 34 jam.

Sekalipun perhimpunan bersejarah itu disertai 500,000 orang, katanya polis hanya perlu menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota untuk mengawalnya dengan kos perbelanjaan cuma RM2,737,400.

nieching03Beliau berkata, ia berbeza dengan Himpunan Baju Merah yang memaksa polis menggunakan 263 pegawai dan 3,648 anggota bagi mengawal kekecohan sekalipun penyertaan orang ramai jauh lebih kecil.

“Malah, sebanyak 26 laporan polis dibuat terhadap himpunan itu dengan 15 kertas siasatan dibuka mengikut pelbagai akta dan kanun keseksaan.

“Jika tindakan perundangan perlu diambil, sepatutnya penganjur Himpunan Baju Merah didakwa, bukan Maria,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Mengikut laporan media, beberapa anggota polis cedera ringan berikutan rempuhan liar peserta Himpunan Baju Merah selain Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menyuraikan mereka dengan semburan air.

Justeru, Nie Ching berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberi penjelasan berkaitan hasil siasatan kes termasuk sama ada pendakwaan juga dibuat terhadap penganjur Himpunan Baju Merah.

Katanya, ia perlu jika benar Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak mengamal pendakwaan terpilih.