Rencana

Dayak: Suatu pembetulan sejarah politik Sarawak

 

PENYERTAAN masyarakat Dayak ke DAP menjadi antara sejarah yang besar dalam perkembangan parti sejak 50 tahun lalu untuk mencapai hasrat menjadi sebuah parti mewakili semua kumpulan etnik dan kaum di Malaysia.

Memang sejak dari awal penubuhan pada setengah abad lalu, pemimpin mahupun ahli awal DAP begitu bersungguh-sungguh mencurah bakti untuk memenuhi matlamat itu – Impian Malaysia.

Tanpa mengira etnik, agama. budaya, linguistik dan perbezaan sosio-ekonomi, mereka bertekad untuk membina negara Malaysia yang menegakkan demokrasi, mengamal kerajaan baik dan keadilan sosio-ekonomi.

Ia bagi memastikan semua rakyat – tak kira kaum dan agama, mencapai potensi bagi membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat.

12189985_10153289751901588_38621797137495443_nItulah sebabnya, DAP awal-awal lagi – sejak pilihan raya umum pada 1969 meletak calon pelbagai kaum baik untuk kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung Malaysia, dengan Melayu, Cina dan India dipilih sebagai wakil rakyat.

Malah, DAP juga menjadi parti politik pertama memiliki ahli dan cawangan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, bahkan di Sabah dan Sarawak.

Ini terbukti apabilaemimpin Kadazan dari DAP menjadi wakil rakyat di DUN Sabah pada pilihan raya umum 2013. Moga-moga, wakil rakyat Dayak dari DAP turut terpilih di DUN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka berlangsung awal tahun depan.

Namun, matlamat DAP untuk menjadi parti politik yang mewakili semua kumpulan etnik dan agama di Malaysia bukan semudah yang disangka – dalam suasana politik berunsur perkauman dan keagamaan yang begitu mencengkam.

Musuh politik pula cuba melemahkan cita-cita mengangkat Impian Malaysia dengan mentohmah DAP kononnya parti politik hanya untuk satu kaum, malah satu agama. Namun, segala pembohongan dan kepalsuan semakin lama kian terhakis ditelan zaman.

Fitnah kononnya DAP hanyalah parti Cina atau parti Kristian, sah-sah suatu pembohongan kerana, pada 44 tahun lalu, misalnya – pada pilihan raya umum 1969, Ahli Parlimen DAP keturunan India lebih ramai daripada MIC.

Sebenarnya, DAP adalah parti yang menempa sejarah negara apabila menjadikan kaum India sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 2008, selain mencipta posisi jawatan Timbalan Ketua Menteri untuk wakil kaum itu, juga pada tahun sama.

12196310_10153289752231588_5926662781589777047_nSebenarnya, mengikut Paul Raja, seorang peguam yang membantu perjuangan tanah adat, masyarakat Dayak suatu ketika dahulu adalah potensi kuasa politik di Sarawak, bahkan mampu memberi kesan kepada senario politik nasional.

Namun, selepas 50 tahun, mereka sebaliknya pula menjadi mangsa kuasa politik sekaligus menjadikan mereka tidak relevan dalam persaingan politik. Dan, sejarah silam itu memerlukan pembetulan.

Kerana Impian Malaysia tidak akan tercapai jika ada mana-mana etnik atau kelompok termasuk masyarakat Dayak tercicir dari arus perdana pembangunan nasional.

Untuk itu, DAP Dayak Blueprint dilancarkan supaya mereka lebih berperanan dalam politik, sosio-ekonomi, pendidikan, pembangunan insfrastruktur dan pengidentitian masyarakat Dayak, selain tentunya Perjanjian Malaysia 1963.

Mereka berhak mendapat pengiktirafan itu – bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Dayak bahkan dari Sarawak, malah pada peringkat nasional.