Berita

23 keluarga mangsa kebakaran terima bantuan DAP Sabah

PENSIANGAN: DAP Sabah mengambil inisiatif segera menghulurkan bantuan kepada 23 keluarga mangsa kebakaran rumah panjang di Kampung Balantos, Nabawan Pensiangan dekat sini.

Misi bantuan meringankan beban penduduk dilakukan Majilis Penasihat Orang Asal DAP dengan menghulur sumbangan pakaian terpakai, makanan dan beras, semuanya dikumpul dalam masa seminggu.

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu juga menyumbang peralatan dapur dan khemah pasang siap.

Turut membantu, badan bukan kerajaan (NGO) Borneo Care, Tonibung dan Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS). Sumbangan disampaikan Koordinator Impian Sabah, Adrian Lasimbang 2 November lalu.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 5 pagi pada 25 Oktober lalu hingga memusnahkan rumah panjang menyebabkan 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

1Mengikut Ketua Kampung, KK Tingkalur, kebakaran bermula dari satu bilik sebelum merebak dengan cepat menyebabkan rumah panjang itu hangus dijilat api.

“Mujur tiada kehilangan nyawa atau kecederaan berlaku,” katanya menambah, kebanyakan mangsa tinggal semnetara di rumah keluarga berdekatan.

Penduduk kampung yang mengesyaki kebakaran itu akibat penggunaan pelita dan lilin, gembira menerima bantuan, malah memuji DAP atas kesungguhan dan kepantasan mereka menghulur bantuan.

“Walaupun jauh di Penampang dan Kota Kinabalu, mereka sanggup datang membantu, DAP laju macam roket.

“Lilin dan pelita masih digunakan kerana belum ada bekalan elektrik seperti yang dijanjikan. Kalau ada, mungkin kejadian sebegini tidak berlaku,” katanya.