Berita

DAP Kluang hulur sumbangan buat warga emas India

KLUANG 6 NOV: Golongan lanjut usia tanpa mengira kaum tidak pernah dilupakan, lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan rendah, apatah lahi menjelang sambutan Hari Deepavali.

Ia dibuktikan melalui kesungguhan Pejabat Parlimen Kluang dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibul mengagih bantuan sumbangan individu tertentu dan syarikat swasta.

WIRA3248Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibul, Tan Hong Pin dan Sheikh Omar Ali mewakili Parlimen Kluang mengagih bahan makanan antaranya beras, gula, garam, sos dan bihun, selain pakaian kepada golongan tua keturunan India sekitar sini.

Antaranya, Jalan Mengkibol, pesisiaran landasan kereta api Kluang-Renggam, Taman Intan dan Taman Kluang Barat.

Sepanjang lawatan, mereka mendapati ramai orang tua hidup terumbang-ambing tanpa sumber pendapatan, selain ahli keluarga yang menampung saraan sakit akibat kemalangan jalan raya.

WIRA3465Antara syarikat swasta yang menghulur sumbangan ialah K Siladass Appu (kain Vetti) dan Tip Top Car Wash (kain batik).

Program itu turut disertai Pembantu Pusat Komuniti Kluang, Low De Quan; Pembantu Pejabat Parlimen, Pua Meng Jiann dan wakil DAP Kluang, Eric Soh Sheau Shih.

Paling menarik, kemesraan antara kaum begitu terserlah antara Melayu, Cina dan India sepanjang program berkenaan.