Berita

Anak muda meluat rasuah perlu miliki semangat pantang undur

KUALA LUMPUR 10 NOV: Anak muda harus yang meluat dengan skandal membabitkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus memiliki semangat pantang undur supaya perlawanan menentang gejala rasuah menjadi semakin kuat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja kempen ‘Pantang Undur – Kempen Solidariti Bersama Kit Siang’, Edry Faizal Eddy Yusof, berkata kesempitan hidup anak muda sering diperlekeh atau dibalas dengan jenaka, bahkan ada melabel mereka sebagai manja.

Sedangkan, katanya, ramai anak muda marah dan menyampah dengan skandal demi skandal, bahkan ia bukan hanya dalam kalangan penyokong parti pembangkang tetapi juga golongan atas pagar.

“Pasang saja telinga di kedai mamak atau warung makan. Jika terkeluar topik 1MDB atau ‘derma’ RM2.6 bilion, sudah tentu yang keluar hanyalah rasa meluat dan tidak puas hati,” katanya pada sidang media pelancaran kempen itu di ibu pejabat DAP, hari ini.

Justeru, Edry Faizal berkata, pihaknya akan mengadakan pelbagai program penerangan melalui cara bukan konvensional tetapi fleksibel termasuk menganjurkan acara dialog dan berunsur seni.

SUFI1118Kempen itu, katanya akan menyemai semangat pantang undur dalam kalangan anak muda, selain mencerahkan lebih ramai lagi supaya melihat masalah itu bukan setakat 1MDB tetapi keseluruhan sistem politik yang korup.

Beliau kesal kerana keresahan rakyat yang dibawa ke Parlimen melalui wakil rakyat berakhir dengan kejadian yang menimpa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang – digantung selama enam bulan.

“Walaupun Kit Siang adalah seorang ahli politik veteran tetapi semangat pantang undurnya perlu dicontohi anak muda tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.