Rencana

Terrorisme: Antara objektif politik dan diskriminasi minoriti

DUNIA sememangnya dipenuhi dengan manusia yang rakus kuasa.

Demi untuk mempertahan atau meluaskan kuasa, manusia sanggup mengetepi ikhsan kemanusiaan. Menyiksa dan membunuh orang tidak berdosa hanya untuk mewujudkan culture of fear.

Terrorisme bermula sejak abad pertama Masihi sewaktu penentangan Zealotry terhadap pemerintah Rom di Judea. Begitu juga tindak-tanduk Jacobin Club semasa Reign of Terror sewaktu Revolusi Perancis.

Pada Januari 1858, warga Itali Felice Orsini melontar tiga bom dalam cubaan untuk membunuh Maharaja Peranchis Napoleon III.

Tahun sama juga Irish Republican Brotherhood, organisasi pertama mengguna pakai teknik keganasan moden dibentuk untuk melakukan serangan di England.

Sebuah lagi kumpulan pengganas terawal ialah Narodnaya Volya, berasal dari Russia ditubuh pada 1878 sebagai kumpulan Revolutionary Anarchist yang diilhamkan oleh Sergei Nechayev dan Pisaca.

Dan senarainya terus berkembang dari satu abad ke satu abad yang lain sehingga kini. Kali ini, dunia sedang menyaksikan aktiviti terrorisme dilakukan oleh watak-watak Muslim.

Fakta yang perlu kita fahami bahawa terrorisme sebenarnya membawa objektif politik dalam tindak tanduk mereka. Perkataan terrorisme itu sendiri sarat dengan analogi politik dan emosi.

Banyak organisasi politik mengguna pakai idea terrorism untuk mencapai objektif mereka. Kedua-dua pihak sama ada golongan kiri dan kanan, kumpulan nationalis, kumpulan agama, revolusionari dan kerajaan memerintah.

Sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung, simbol terrorisme boleh mengeksploit ketakutan orang ramai, seterusnya membantu mereka mencapai hasrat sesetengah kelompok.

Sebagai contoh, pendedahan Hillarry Clinton mengenai usaha Amerika Syarikat yang menyalur dana bagi membentuk kumpulan Mujahidin di beberapa negara di Timur Tengah khususnya Afghanistan untuk mengekang dan meruntuhkan kemaraan Soviet Union ketika itu dan Russia sekarang ini.

Ini juga suatu bentuk aktiviti terrorisme.

Bagaimana dengan penjajahan dan serangan yang berlaku di seluruh dunia? Bagaimana dengan penindasan terhadap etnik dan penganut agama minoriti di beberapa negara? Tidakkah ini juga boleh diklasifikasi sebagai terrorisme?

Apakah penindasan dan diskriminasi itu bukan satu bentuk aksi terrorisme? Menindas, mendiskriminasi, menyiksa sama ada dalam bentuk fizikal mahupun psikologi, ini juga keganasan.

Kita pantas meletakkan label terrorisme pada pelaku serangan berani mati dan pada kumpulan gerila bersenjata. Tetapi cuba fikirkan apakah ada kemungkinan tindakan ganas itu wujud sebagai reaksi terhadap penindasan dan diskriminasi yang sedia wujud?

Sampai bila kita mahu meratapi tindakan penindasan dan diskriminasi terhadap etnik dan agama minoriti yang terus berlaku? Kemudiannya, kita meratap lagi apabila berlakunya reaksi balas yang ganas.

Sebarkanlah mesej kasih sayang bukan kebencian sesama kita. Kita ‘kan bersaudara.

 

* Ahmad Anwar Asyraf ialah Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor. Gambar dipetik dari telegraph.co.uk.