Rencana

Kit Siang: Pengabadian 50 tahun perjuangan politik buat Malaysia

PADA 50 tahun lalu, saya memulakan penglibatan dalam politik Malaysia.

Dan, penggantungan enam bulan dari Parlimen baru-baru ini menjadi cara paling simbolik bagi menandakan setengah abad penglibatan saya dalam politik dalam memburu Impian Malaysia – yang bersatu, progresif, adil dan makmur demi rakyat tidak mengira bangsa, agama, bahasa, budaya, kelas, politik dan sempadan.

Penggantungan itu menjadi peringatan berguna betapa usaha dan perjalanan menuju Impian Malaysia masih belum berakhir, sebaliknya harus diteruskan. Ia bukan mudah tetapi memerlukan keberanian, komitmen dan visi bagi mendepani arus cabaran mendatang.

Bagi membentuk Malaysia yang lebih baik untuk rakyat, kepimpinan baik dan keadilan menjadi agenda utama sekaligus menamat skandal politik dan ekonomi yang tiada hentinya menjerut negara kita.

Terdapat banyak peristiwa sepanjang lima dekad lalu yang menandakan turun-naik 50 tahun jerih perih saya memperjuang demokrasi, keadilan dan menyatukan Malaysia. Cukuplah saya akan memperkata hanya tiga daripadanya.

Pertama, peristiwa pada dekad 70-an apabila seorang menteri Umno menganggu ucapan saya mengenai urus tadbir Kerajaan UMNO ketika itu yang lemah dalam pelbagai aspek antaranya politik, ekonomi, pentadbiran, dan pembangunan.

kit siang muda Akibatnya saya disuruh meninggalkan negara dan berhijrah ke negara asing atas alasan saya tidak dapat menerima polisi kerajaan UMNO BN. Tanpa ragu-ragu, saya pantas membalas semula, dengan mengatakan – jika mereka tidak suka mendengar kritikan saya – suara yang dipilih rakyat, beliau sendiri boleh meninggalkan negara ini!

Jawapan itu mendiamkan beliau. Suatu pelajaran yang berguna buat demokrasi serta pembangunan Malaysia.

Peristiwa kedua berlaku di Parlimen bulan lalu apabila seorang Ahli Parlimen UMNO menyuruh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong untuk ‘balik tongsan’ atau ‘balik ke Tanah China’.

Nyatalah, pemikiran sempit, ekstrim dan tidak toleransi Ahli Parlimen setelah 58 tahun pembangunan negara sangat bertentangan dengan Impian Malaysia.

Saya mengabdi 50 tahun kehidupan demi kebaikan politik Malaysia, demi rakyat Malaysia yang patriotik tanpa mengira bangsa, agama, politik dan sempadan, demi negara kita (atau ‘tongsan’, mengikut lingo bahasa puak ekstrimis dan cauvanis) dan bukan demi negara lain!

KitSiang-DAP-685x320Peristiwa ketiga merujuk kepada kenyataan baru-baru ini yang dibuat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tidak ada parti yang akan memerintah untuk selama-lamanya dan jalan terbaik alah dengan memiliki dua parti politik dan salah satu akan menang majoriti undi untuk membentuk kerajaan.

Kenyataan ini jauh berbeza dengan kenyataan beliau sebelum ini yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diganti.

Inilah dilema yang dihadapi seluruh rakyat. Keperluan untuk sebuah pemikiran yang baru di tengah-tengah kemelut negara yang kian meruncing – dan isunya bukanlah untuk menyelamatkan seorang individu walaupun bergelar Perdana Menteri atau parti politik.

Tetapi, bagaimana untuk menyelamatkan negara daripada menjadi negara gagal – berlaku pelanggaran undang-undang dan musnahnya sistem pentadbiran yang cekap, jauh dari kredibiliti, ketelusan dan tanggungjawab serta berintigriti tinggi dalam kehidupan, lebih-lebih lagi apabila pemimpin UMNO lupa hala tuju negara dan Impian Malaysia.

Impian Malaysia adalah perihal yang belum selesai dan hanya rakyat Malaysia terutama anak muda yang boleh menentukan hala tujunya.

Saya memulakan perjalanan politik ketika berusia 24 tahun. Menjadi Setiausaha Penganjur Nasional dan editor The Rocket, akhbar rasmi DAP ketika berusia 25 tahun.

ISASaya dipilih sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka, merasai ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP ketika dalam tahanan sewaktu baru berusia 28 tahun.

Walaupun perjalanan politik saya berlarutan 50 tahun tetapi masa hadapan Malaysia terletak di bahu anak muda, yang sebahagian besarnya adalah populasi rakyat negara ini.

Justeru, saya menyeru anak muda, tanpa mengira bangsa, agama atau sempadan, untuk terus menatang cahaya Impian Malaysia demi menyuluh negara dan menjadi contoh kepada pemikiran baru Impian Malaysia.

Hanya anak muda yang mampu menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.

 

* Lim Kit Siang adalah Ketua Parlimen DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah