Berita

Anak muda menaruh harapan Pakatan Harapan ganti BN

KUALA LUMPUR 7 JAN: Kebanyakan anak muda menaruh harapan terhadap Pakatan Harapan sebagai penyelamat negara daripada terus dihimpit kesusahan hidup akibat kegagalan dasar pemerintahan UMNO BN.

Tinjauan Roketkini di sekitar sini, mendapati mereka mengharapkan Pakatan Harapan terus menjadi alternatif terbaik menggantikan BN dan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak melalui pelbagai usaha.

b meshnaMahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, B Meshna, 22 tahun, berpendapat kerja kemasyarakatan dan aktiviti sosial seperti Impian Malaysia kendalian DAP dan pelbagai forum mencerahkan pemikiran rakyat cara terbaik menarik sokongan anak muda.

“BN ada banyak masalah hari ini. Jika Pakatan Harapan mengumumkan dasar yang mementingkan rakyat, orang muda pasti akan sokong mereka,” katanya.

fc51de3f-5493-41fb-8366-68a2c828faa3Peniaga, Muhammad Rohaizal Ramli, 37, pula berkata Pakatan Harapan berupayaan memenangi hati golongan muda kerana pengalaman dan liku perjuangan yang diharungi pemimpinnya membuatkan mereka lebih matang dan rasional.

“Disumbat ke ISA, dituduh dan difitnah macam-macam – saya yakin mereka lebih faham tentang kezaliman UMNO BN dan sentiasa melebihkan rakyat dalam dasar mereka.

“Penting untuk kita sokong Pakatan Harapan dan ‘serahkan’ Malaysia yang lebih baik kepada generasi akan datang,” kata bapa kepada tiga anak yang sebahagiannya masih bersekolah.

Beliau mengakui majoriti peniaga dihimpit kesukaran hidup akibat dasar ekonomi UMNO BN dan yakin sokongan kepada Pakatan Harapan sebagai jalan terbaik mengurangkan beban hidup keluarganya.

sze mingPekerja badan bukan kerajaan (NGO), Tan Sze Ming, 28, berkata Pakatan Harapan lebih diterima umum khususnya golongan muda semua kaum berbanding Pakatan Rakyat kerana pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) lebih intelektual dan tidak sekonservatif PAS.

Justeru, beliau berharap Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini menyentuh dasar-dasar yang menguntungkan anak muda terutama melibatkan pendidikan politik akar umbi masyarakat untuk mengalahkan BN pada PRU14. -Roketkini.com