Berita

Sekolah Demokrasi kupas kezaliman Zionis-Israel

IPOH 7 FEB: Sekolah Demokrasi Zon Utara menganjurkan program Sembang Kencang yang mengecam kezaliman regim Israel terhadap penduduk Palestin.

Program ‘Perjuangan di Palestin: Menentang Zionis atau Yahudi?’ itu dibuat dengan kerjasama PROSPECT dan Boycott, Divestment, Sanction Movement di sebuah kafe di Sungai Rapat di sini, baru-baru ini.

IMG_0372Ia dihadiri lebih 30 peserta yang mengikuti kupasan Setiausaha Antarabangsa DAPSY Malaysia, Howard Lee Chuan How dan bekas Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Howard yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panji menyatakan kecamannya terhadap rampasan tanah regim Zionis-Israel daripada rakyat Palestin.

“Saya mengecam tindakan kejam regim itu dalam penghinaan hak asasi kemanusiaan untuk mencapai keamanan. Saya akan terus memperjuang keamanan atas nama kemanusiaan.

“DAPSY menolak sebarang bentuk kekejaman yang dilaksanakan ke atas makhluk yang bernama manusia,” katanya.

IMG_0423Beliau menyifatkan Zionisme sebagai satu bentuk pemerintahan yang memperjuang sesebuah negara berdasarkan ketuanan sesebuah kaum iaitu puak Zionis.

SekDem ialah program percuma DAP bagi mendedahkan hal-hal kenegaraan, demokrasi dan politik dengan kaedah santai dan terdiri kepada tiga tingkatan, anjuran DAP.

Ia diketuai bekas wartawan, Wan Hamidi Hamid yang kini melahirkan ramai pemimpin muda, antaranya Young Syefura Othman, Dyana Sofya dan Edry Faizal Eddy Yusof.