Rencana

Istiqamah DAP lawan kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa

Dah hampir setahun aku menyertai DAP. Aku keluar dari parti lama aku dan menyertai DAP kerana aku “istiqamah” untuk menentang kezaliman, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai kejahatan lain oleh parti pemerintah. Aku juga keluar dari parti lama menyertai DAP kerana bagi aku DAP adalah parti yang “istiqamah” atas prinsip menentang kezaliman, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai kejahatan lain oleh parti pemerintah.

DAP tidak seperti parti lama aku yang sekejap lawan kezaliman, lawan rasuah, lawan salah guna kuasa tapi pada masa yang lain boleh bersama penzalim, perasuah, penyalahguna kuasa.

DAP tegas, istiqamah dan teguh dengan prinsip. Sesiapa yang hendak bersama menentang kezaliman, rasuah, salah guna kuasa maka DAP akan menjadi kawan dan bersatu dengannya. DAP boleh bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) atas sikap menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa. Bersama bersatu di dalam Pakatan Harapan yang mempunyai objektif dan matlamat yang sama.

Jika ada pihak yang ingin bersama menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa, jom!! DAP bersama untuk tujuan itu.

Jika ada pihak yang mengajak masyarakat bersatu menentang DAP yang tegas, istiqamah dan teguh menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa, maka masyarakat perlu tahu apa sebenarnya pihak itu.

Kami konsisten menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa tetapi mereka hendak bersatu menentang kami. Jika itu perjuangan mereka, aku terbuka untuk berhadapan dengan mereka.

Berani berubah. – Roketkini.com

 

*Penulis adalah seorang peguam yang juga ahli DAP.