Berita

Pilihanraya Sarawak: DAP tambah satu kerusi lagi, tanding 30

KUCHING, 21 APRIL: DAP hari ini mengumumkan kesemua 29 calon yang bakal bertanding untuk pilihanraya negeri Sarawak pada 7 Mei ini serta mengumumkan akan menambah satu lagi kerusi untuk ditandingi.

Dalam pilihanraya Sarawak 2011, DAP menang 12 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya.

Mengumumkan senarai nama calon dan kawasan yang ditandingi, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata beliau sendiri akan mempertahankan kerusi N12 Kota Sentosa manakala lapan lagi kerusi akan dipertahankan penyandang sedia ada.

Katanya, kerusi yang akan dipertahankan penyandang adalah:

N9 Padungan – Wong King Wei

N10 Pending – Violet Yong Wui Wui

N14 Batu Kawah – Chiew Wang See

N46 Meradong – Ting Tze Fui

N52 Dudong – Yap Hoi Liong

N54 Pelawan – David Wong Kee Woan

N68 Tanjung Batu – Chiew Chin Sing (kerusi asal Kidurong yang bertukar nama)

N73 Piasau – Alan Ling Sie Kiong

Bagi kerusi N45 Repok, Wong Hua Seh, tidak dicalonkan semula kerana faktor kesihatan.

Untuk kerusi N51 Bukit Assek, ia telah dikosongkan berikutan kematian penyandang, (bekas) Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng pada 2014.

Bagi kerusi N74 Pujut pula, Fong Pau Teck yang menang atas tiket DAP telah dipecat daripada parti pada 2013 atas kesalahan disiplin.

Selain mempertahankan kesemua kerusi sedia ada, Chieng Jen mengumumkan senarai kerusi-kerusi yang akan ditandingi DAP:

N2 Tasik Biru – Mordi Bimol

N17 Stakan – Abdul Aziz Isa

N19 Mambong – Sanjan Daik

N22 Kedup – Andrew Nyabe

N23 Bukit Semuja – Edward Luwak

N32 Simanggang – Leon Jimat Donald

N45 Repok – Yong Siew Wei

N47 Pakan – Rinda Juliza Alexander

N49 Ngemah – Richard Lias

N51 Bukit Assek – Irene Mary Chang

N53 Bawang Assan – Chiew Sung Ngie

N61 Pelagus – Frankie Bendindang

N62 Katibas – Paren Nyawi

N63 Bukit Goram – Larry Asap

N64 Baleh – Agop Lingson

N66 Murum – Kenneth Adan Silek

N69 Kemena – Leighton Manjah

N70 Samalaju – Baba Emperan

N74 Pujut – Dr Ting Tiong Choon

N75 Senadin – Dr Bob Baru Langub

N78 Mulu – Paul Raja

Menjelaskan penambahan satu kerusi untuk DAP, iaitu bagi N63 Bukit Goram, Chieng Jen berkata, ia berlaku berikutan penarikan diri calon parti pembangkang tempatan Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang sepatutnya bertanding di kawasan tersebut.

“Saya telah menghubungi Setiausaha Agung petang semalam dan dia mengesahkan tidak akan bertanding di Bukit Goram. Jadi kita memindahkan calon kita dari Baleh ke Bukit Goram.

“Bagi Bukit Goram, seorang Larry telah keluar untuk membolehkan seorang Larry yang lain masuk,” katanya, merujuk kepada Presiden SWP, Larry Sng, yang meletak jawatan dari partinya secara mengejut, malam tadi.

Menurutnya, calon berpotensi bagi N64 Baleh juga telah dikenalpasti dan bakal diumumkan kelak. – Roketkini.com

Kemaskini: Jumlah kerusi ditandingi DAP ialah sebanyak 31 kawasan apabila calon N17 telah bertukar kepada Leslie Ting Xiang Zhi manakala Abdul Aziz Isa diletakkan di N13 Batu Kitang.