Berita

Akta Hasutan: Aktivis Hishamuddin Rais bebas daripada hukuman penjara

PUTRAJAYA, 16 MEI: Mahkamah Rayuan hari ini telah membatalkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan awal tahun ini ke atas aktivis Hishamuddin Rais yang dijatuhkan bersalah melakukan hasutan.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menerima rayuan Hishammuddin dan mendapati tidak ada sebarang alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 sahaja.

hISHAM RAIS BEBAS2“Ini adalah keputusan sebulat suara, kami mendapati tidak ada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen,” kata Tengku Maimun semasa penghakimannya.

Pada 15 Januari tahun ini, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas Hishamuddin kerana mendapati memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu forum pada 13 Mei 2013.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat selepas rayuan menerima rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan asal Mahkamah Sesyen pada 9 Januari 2015 yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Hishamuddin.

Selain badan-badan masyarakat sivik, aktivis politik dan sosial, turut hadir ke mahkamah memberikan solidariti kepada beliau ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, bersama beberapa Ahli Parlimen DAP yang lain. – Roketkini.com