Rencana

Raikan kemenangan Amanah dengan arak?

Ada penyokong PAS dan Umno serta sekutunya yangg bersekutu sekonyong-konyong menyebar propaganda bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata mereka akan berpesta dengan arak jika calon Amanah bagi Parlimen Sungai Besar menang.

Mereka pun kata :
“Undi PAN = Undi DAP”
“Undi DAP = Undi Arak”
“Jangan najiskan undi anda”

Aku nak beritahu mereka dan sesiapa yangg baca dan follow akaun Facebook aku gini saja:

Nampak sangat mereka ini lemau, bingai, ekstrem dan angkuh.

Jika ahli DAP yang bukan Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dengan makan sekandang babi pun ianya adalah hak mereka.

Jika ahli DAP yangg bukan Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dengan minum sekolam arak pun ianya adalah hak mereka.

Jika ahli DAP yang bukan Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dengan makan tengahari di bulan Ramadhan pun ianya adalah hak mereka.

Makan babi, minum arak, makan tengahari di bulan puasa bukan suatu yang salah dan haram bagi orang bukan Islam bukan saja dalam DAP malah bukan Islam dalam MCA, MIC, Gerakan, parti lebai mahu pun Umno.

Mereka minum arak, makan babi, makan tengahari di bulan Ramadhan tiada kena mengena dengan calon Amanah. Bukan calon Amanah atau Parti Amanah yang raikan tetapi mereka yang bukan Islam yang meraikan.

Islam tidak menghalang hak bukan Islam. Itu hak mereka. Apa masalahnya? Adakah jika ahli parti lebai di kalangan bukan Islam di dalam DHPP ingin meraikan kemenangan calon lebai nanti dengan minum arak, mereka akan dilarang?

Inilah letak duduk beza parti lain seperti Amanah dengan parti lebai. Lebai kata mereka meraikan hak orang lain tetapi bila orang lain hendak menggunakan hak mereka, mereka dihina, dipersoal?

Jika RUU Persendirian Marang meminda Akta 355 diluluskan dan hudud di Kelantan dilaksanakan, adakah hukuman hudud minum arak dikenakan kepada orang bukan Islam?

Jawapannya tidak kerana kesalahan minum arak hanya melibatkan orang Islam.

Justeru apa masalahnya jika ada kalangan ahli DAP yang bukan Islam hendak meraikan kemenangan calon Amanah dengan minum arak?

Cuma jangan merayakan kemenangan dengan arak dan pesta itu sehingga mengganggu ketenteraman dam keselamatan orang lain. Jika ia menyebabkan gangguan ketenteraman dan keselamatan orang lain, bukan sahaja Islam melarang malah agama lain dan undang-undang sivil juga melarang.

BERANI BERUBAH – TERUS BERUBAH
Bersama DAP & Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia
#UndiCalonAmanah

Aku ahli DAP – Aku tak minum arak. – Roketkini.com