Rencana

Kerajaan Negeri P. Pinang patuh seruan ‘amar makruf nahi mungkar’

Dalam keadaan ekonomi yang penuh mencabar dan wang tak cukup belanja oleh golongan makan gaji ekoran impak negatif daripada GST, kerajaan negeri harap musim perayaan terbesar di Malaysia dapat membantu dengan kemasukan pelancong-pelancong yang akan memberikan peluang kepada peniaga. Bonus Raya yang lebih oleh kerajaan negeri tahun ini sebanyak 0.75 bulan(berbanding dengan 0.5 bulan tahun lepas) dengan minima RM700/- untuk kesemua anggota pentadbiran kerajaan negeri juga diharapkan dapat memeriahkan dan mengimarahkan sambutan Hari Raya di Pulau Pinang.

Harus juga dijauhi gejala fitnah dan pembohongan yang bukan sahaja akan mengancam perpaduan rakyat dalam masyarakat majmuk tetapi berikan kesempatan kepada para ekstrimis untuk menangguk di air keruh. Kenyataan bahawa orang bukan Islam dari DAP adalah kafir harbi, di mana darah selepas dibunuh dan hartabenda yang dirampas adalah halal, hanya mengundang pemikiran songsang ISIS yang sungguh merbahaya dan menggugat keamanan, harmoni dan hubungan silaturahim di Malaysia.

Sememangnya fitnah jahat bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang dan pemimpinnya adalah anti-Islam masih berleluasa sampai ke tahap yang karut bahawa kerajaan negeri haramkan laungan azan. RM50 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk hal ehwal Islam setiap tahun yakni 100% lebih tinggi daripada kerajaan lama.

Pihak tidak bertanggungjawab juga mendakwa bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat hanya RM1.75 juta setahun. Sejak 2008 hingga 2015, kerajaan negeri telah menghulurkan peruntukan sebanyak RM41.6 juta dan sekiranya mengambilkira kos pengambilan tanah untuk SAR diambilira jumlah akan mencecah RM45 juta. Baru-baru ini kerajaan negeri baru mengumumkan tambahan RM15 juta untuk membina sebuah SAR di Teluk Kumbar.

Dalam aspek tanah, kerajaan negeri juga menyumbangkan tanah bernilai RM80 juta untuk membina Kompleks Kehakiman dan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di Jalan Scotland sebagai lambang penghormatan kepada agama Islam.

Marilah kita amalkan kehidupan yang bersih. Janganlah yang hitam jadi putih atau putih jadi hitam atau yang maaruf jadi mungkar dan yang mungkar jadi maaruf. Kebelakangan ini, anasir jahat telah menabur fitnah dan cuba mengaitkan skandal dalam penjualan seekar tanah di Taman Manggis. Dakwaan ini dibuktikan tidak berasas dan sebaliknya kebenaran adalah bahawa kerajaan negeri bersih daripada tuduhan menjual hak dan tanah orang miskin. Kerajaan negeri akan terus buktikan ia bersih dan tidak makan wang selaras dengan seruan “Amar maaruf nahi mungkar”. Maaf zahir dan batin.

*Perutusan Hari Raya Aidilfitri Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap Setiausaha Agung DAP