Rencana

Teoh Beng Hock tidak dilupa, NGO dan parti politik anjur pameran seni

Genap tujuh tahun pemergian Teoh Beng Hock yang kematiannya menjadi simbol manifestasi penyalahgunaan kuasa terhadap individu dan organisasi.

Pada 16 Julai 2009 seluruh negara digegarkan dengan insiden kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam setelah semalaman ditahan di ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut untuk disoal siasat.

Lebih menyedihkan, mendiang yang merupakan pembantu kepada Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah pada waktu itu dijadualkan berkahwin pada keesokan harinya.

Setelah ahli keluarga bersama pemimpin politik dan NGO berjuang ke seluruh negara untuk mendapatkan keadilan terhadap kematiannya, pada 12 Mei 2015 tahun lalu, kerajaan akhirnya diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM600,000 dan kos sebanyak RM60,000 kepada keluarga mendiang.

Keputusan itu ditetapkan setelah defendan mengakui kecuaian mereka telah menyebabkan kematian mendiang pada 2009.

Meski kerajaan telah diarah mahkamah untuk membayar ganti rugi, bagi pihak keluarga dan masyarakat sivil, wang ringgit bukalah penyelesaian tetapi adalah penerimaan di pihak defendan bahawa mereka bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock.

Bagaimanapun, kematian dalam siasatan terhadap Beng Hock bukanlah yang terakhir apabila negara dikejutkan lagi dengan kematian kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed pada tahun 2011.

Ahmad Sarbaini, yang bertugas di Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di tingkat pertama bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011.

Setelah lima tahun siasatan, mahkamah rayuan Mahkamah Rayuan pada Jun bulan lalu memberikan pampasan sebanyak RM213 ribu sebagai ganti rugi kepada keluarga allahyarham selepas mendapati SPRM telah melakukan kecuaian membawa kepada kematiannya.

Kematian dalam tahanan pihak bekuasa bukanlah kes terpencil di negara ini. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Suaram, pada tahun 2014, sebanyak 14 kes kematian dalam tahanan polis direkodkan.

Sejak tahun 2005 sehingga 2014, sebanyak 111 kes kematian dalam tahanan direkodkan Suaram dan sehingga hari ini kerajaan masih belum menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Demi meningkatkan kesedaran hak asasi manusia terhadap perlakuan zalim pihak berkuasa, badan amanah Teoh Beng Hock Trust For Democracy (TBH Trust) akan menganjurkan siri kempen kesedaran menerusi kesenian sempena memperingati tujuh tahun kematian Teoh Beng Hock.

Pada 16 Julai sebuah acara memperingati Teoh Beng Hock akan di adakan di Petaling Jaya. Ia merupakan tahun kedua acara ini dianjurkan kepada orang awam.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah nyanyian, melukis kartun dan tayangan pendek. Antara tetamu yang turut serta ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah,  kartunis Zunar dan Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran.

Tarikh  : 16 July 2016 (Saturday)

Masa : 8:00 pm

Tempat: SS2 Gelanggang Basketball, Petaling Jaya.

Program bertemakan ‘Memperingati Beng Hock, Pertahankan Hak Asasi Manusia’ menerusi pameran seni ini mendapat kerjasama dan sokongan Adun Kampung Tunku Lau Weng San dan Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan akan disertai oleh 25 artis yang turut serta terlibat dalam pameran.

Tarikh  : 22 – 24 Julai 2016 (Jumaat hingga Sabtu)

Masa : 10 pagi – 10 malam

Tempat : Level G2, Boulevard, PUBLIKA, Solaris Dutamas

Majlis pelancaran akan diadakan pada hari Sabtu 23 Julai jam 11 pagi di tempat tersebut.

TBH1

Dalam perkara yang sama, salinan lukisan dari pameran seni yang diadakan di atas juga akan  dan sedang dipamerkan di beberapa kafe dan restoran.

Senarai tempat yang terlibat adalah seperti berikut:

1) Aku Cafe & Gallery – No.8, 1st Floor, Jalan Panggong, 50000 Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur pada 12 hingga 24 Julai 2016

2) New Black Coffee Lab – Plaza Crystalville @ Setapak. B-2A-1, Jalan Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur pada 9 hingga 24 Julai 2016

3) Await Cafe – No.9-1-5, Jalan 3/109F, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur pada 9 hingga 24 Julai 2016

4) The Augmented – No.149, Jalan SS 2/6, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia pada 9 hingga 24 Julai

5) Gerakbudaya Coffee Corner – No. 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya pada 16 hingga 30 Julai 2016

6) Dotz Cafe – No.3-1, Jalan Anggerik Vanilla 31/93, Shah Alam pada 9 hingga 24 Julai

7) Seraph Awaken – No.28, Jalan Stesen 1, Klang pada 9 hingga 24 Julai

8) CAFFEine : G-09-1,Level 1, Block G, SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 9 hingga 24 Julai

-Roketkini.com