Berita

Orang Asli Temiar mahu pembalak bawa keluar semua jentera, pekerja

GUA MUSANG, 13 OKT: Masyarakat Orang Asli Temiar di sini mendesak supaya semua jentera dan pekerja balak yang berada di kawasan mereka keluar kerana khuatir terhadap kemusnahan yang lebih buruk.

balah1Lebih mendukacitakan, mereka mendakwa tiada sebarang penguatkuasaan dibuat terhadap pengosongan kongsi balak tersebut walaupun operasi pembalakan dihentikan awal bulan lalu.

Berdasarkan tinjauan Roketkini bersama rakan media dan NGO di kawasan Rondong, sebuah kongsi di Hutan Simpan Kekal Balah di Pos Gob masih lengkap dengan dapur, bekalan makanan, khemah, pakaian, generator elektrik, lori hantu dan sebuah tangki diesel.

Menurut salah seorang penduduk orang asli, Yusman Andok, 35, pekerja-pekerja balak di kongsi tersebut telah pun turun ke Gua Musang lebih awal sebelum ketibaan kami.

“Aktiviti pembalakan tak ada, tapi barang-barang mereka masih ada lagi. Tak keluar. Pekerja ramai,” jelasnya.

Beliau berkata, pembalakan yang berada di kawasan balah2tersebut telah memusnahkan banyak khazanah alam yang menjadi punca pendapatan, sumber makanan dan mengganggu sumber air di sini.

“(Hutan) Punca pendapatan, sumber makanan, sumber ubat kami. Daripada hutanlah kami guna. Sekarang ni ada tapi sikit-sikitlah,” katanya.

“Kerajaan negeri jangan duduk di SUK sahaja”

balah3Penyelaras ekspedisi tinjauan pembalakan dan aktivis R Malaysia Syam Ghaz berkata, kerajaan negeri Kelantan perlulah serius menangani isu melibatkan pembalakan di negeri tersebut dan turun padang melihat kemusnahan sebenar yang telah berlaku.

“Pembalakan besar-besaran dah jejaskan alam sekitar dan juga kawasan tanah adat orang asli Temiar.

syam-ghaz

Syam Ghaz, penyelaras ekspedisi. Kredit foto Syam Ghaz.

“Kita minta kerajaan negeri bukan susuk di SUK sahaja tapi kena turun padang dan bincang hingga selesai. Saya cadangkan jika mahu lakukan pembalakan, jangan ganggu kawasan orang asli, pergi ke tempat lain,” ujarnya.

Tinjauan ke kawasan perkampungan orang asli ini anjuran bersama  R Malaysia, Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Impian Kelantan dan Belantara Rimba 4×4 Orange dan turut disertai beberapa media.

Sehingga saat ini, Orang Asli Temiar dari hampir 10 buah kampung di kawasan terjejas pembalakan terutamanya di Pos Gob dan Pos Bering berada di Blockade Simpang Petei Pos Tohoi.

Ratusan mereka berkampung di blockade berkenaan untuk menghalang aktiviti memusnahkan hutan oleh pembalak yang diberi lesen oleh kerajaan negeri Kelantan.

Mereka tidak gentar berhimpun hingga saat ini mempertahankan kawasan mereka walaupun pernah diugut dan dikasari samseng balak 28 September lalu.

Semalam, berlaku satu lagi insiden berlaku apabila peguam dan aktivis Orang Asli Siti Kassim dihalang Jabatan Perhutanan memasuki kawasan berkenaan bagi memenuhi jemputan anak guamnya. – Roketkini.com