Berita

Orang Asli Temiar terima rawatan percuma di blockade Gua Musang

GUA MUSANG, 21 OKT: Seramai 130 orang pesakit termasuk 20 kanak-kanak Orang Asli Temiar hari ini mendapatkan rawatan kesihatan melalui Kem Kesihatan anjuran Impian Kelantan dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) di Blockade Simpang Petei, dekat sini.

medic3Kem Kesihatan itu bermula pada jam lapan pagi dan berakhir dalam jam 1.30 tengahari dengan sambutan yang amat menggalakkan.

Antara aduan masalah kesihatan yang dihadapi penduduk ialah selsema, sakit kepala, sakit belakang, cirit birit, kencing manis, kecederaan ringan dan masalah kulit.

Penyelaras Impian Kelantan Young Syefura Othman (Rara) berkata, penduduk berasa amat gembira dengan kehadiran pasukan kesihatan ke kawasan mereka.medic7

Walaupun Kerajaan ada menyediakan sebuah Klinik Kesihatan, namun kedudukannya yang terletak di Pos Gob menyukarkan penduduk yang tinggal jauh.

“Ini kali pertama doktor-doktor dibawa ke kawasan blockade ini.

“Penduduk memang memerlukan khidmat kesihatan dan usaha yang dilakukan hari ini ternyata berjaya dan sangat memberikan manfaat,” katanya kepada Roketkini.

medic5Menurutnya, pasukan Impian Kelantan pada kali ini telah membawa dua orang doktor iaitu Dr Tajuddin dari Changlun Kedah dan Dr Sayudi dari Tanah Merah selain menyediakan bekalan ubatan dan air bersih manakala PEKA telah menyediakan bekalan makanan kepada penduduk dan rombongan seramai 12 orang ke kawasan berkenaan.

Perjalanan misi penghantaran bekalan makanan dan ubatan yang bermula pada semalam dan berakhir pada hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ketika keluar dari kawasan berkenaan, rombongan itu terserempak dengan hadangan oleh Jabatan Perhutanan yang mula mengawal laluan ke kawasan terjejas pembalakan bermula minggu lalu.

Blockade Simpang Petei telah didirikan oleh penduduk Orang Asli Temiar untuk mempertahankan kawasan mereka di Hutan Simpan Kekal Balah daripada aktiviti pembalakan.medic2

Bagaimana pun, pada 28 September lalu, berlakunya pertengkaran dan perbalahan antara samseng syarikat balak dan penduduk Orang Asli yang mempertahankan kawasan mereka ekoran kemusnahan hutan besar-besaran telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk. – Roketkini.com