Berita

Tun Mahathir sokong agenda reformasi dan BERSIH

SHAH ALAM, 12 NOV: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong agenda reformasi pilihanraya berikutan gejala politik wang yang berleluasa dalam negara ini.

Beliau memuji Bersih dalam tuntutan mereka terhadap kerajaan untuk mengembalikan demokrasi dan pilihanraya bersih dalam negara ini.

“Saya tak ada masalah sokong reformasi.

“Dalam pilihanraya, bila (pengundi) dapat wang, pemikiran kelabu sikit,” katanya diikuti sorakan perwakilan dalam Konvensyen PH tadi.

Menurut Penasihat Parti Pribumi Bersatu itu, Najib akan sedaya upaya menghalang himpunan aman Bersih dengan meggunakan samseng Baju Merah.

“Sekarang Najib nak halang Bersih, untuk ini dia ada penyangak samseng.

“Samseng ini entah dapat duit dari mana cuba nak cetuskan huru-hara, cuba serang baju kuning,” katanya.

Beliau berkata walaupun ada penyokong Bersih diserang kumpulan Baju Merah, mereka terus menunjukkan sikap berani, tidak melawan dan tidak mencetuskan huru-hara.

“Kalau baju kuning balas, Najib akan kuat kuasakan undang-undang keselamatan dan tangkap sesiapa sahaja,” ujar beliau. -Roketkini.com