Berita

Belasungkawa Tan Sri Adenan Satem, dihormati lawan dan kawan

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Seluruh rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah, Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, 72, yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Samarahan sekitar jam 1.20 tengahari tadi.

Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Tok Nan merupakan seorang pemimpin yang disegani lawan dan kawan politiknya.

Menerusi laman sosial Twitter dan Facebook, pemimpin DAP seluruh negara menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Ketua Menteri Sarawak itu.

“Al-Fatihah Tan Sri Adenan Satem. Takziah buat keluarga Allahyarham. Malaysia dan Sarawak telah kehilangan pemimpin unggul yang berjiwa besar. (Al-Fatihah TS Adenan Satem. Deepest condolences to bereaved family. Malaysia and Sarawak have lost great visionary leader.)” – Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang

“Adenan Satem akan terus diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dengan Penciptanya. (Adenan Satem will always be remembered by all Malaysians. May his soul Rest In Peace with his Maker.)Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok

“DAP Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Adenan yang meninggal hari ini. Semoga tabah. Al Fatihah,” – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming

“Tenang di sana Tok Nan. Anda akan dirindui. Salam takziah kepada keluarga Ketua Menteri #adenansatem dan seluruh rakyat Sarawak. (RIP Tok Nan…. You’ll be missed. Deepest condolences to the family of CM #adenansatem and all Sarawakians)”Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling dan Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan menerusi twitter juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

“DAP Pulau Pinang merakamkan salam takziah kepada keluarga Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak, serta seluruh rakyat negeri Sarawak atas pemergian Allahyarham,” – DAP Pulau Pinang

“Salam takziah kepada keluarga dan rakyat Sarawak. Semoga Tuhan memberi kesabaran dihati kalian. (Deepest condolences to the family and people of Sarawak. May God comfort your hearts.) Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh

Allahyarham yang merupakan Adun Tanjung Datu meninggalkan seorang balu, Puan Sri Hajjah Jamilah Anu dan lima orang anak. – Roketkini.com