Berita

Adun DAP tawar Skim Teksi Percuma daftar pengundi Lembah Klang

PETALING JAYA, 23 MAC: Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang dan mengalami kesukaran mendaftar undi boleh berbuat demikian melalui Skim Teksi Percuma.

Melalui skim ini, mereka boleh berdaftar sebagai pengundi di mana-mana pejabat pos berdekatan atau pejabat SPR di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Skim Teksi Percuma bagi mendaftarkan pengundi ini merupakan inisiatif Adun Kampung Tunku, Lau Weng San yang merupakan lanjutan khidmat masyarakat sejak tahun 2015 melibatkan Pejabat DAP DUN Bukit Gasing dan Damansara Utama.

“Mereka yang mahu pergi ke pejabat pos atau pejabat SPR sama ada di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh menghubungi pejabat saya pada waktu pejabat untuk perkhidmatan percuma ini,” katanya.

Selain itu, mereka yang berada dalam DUN Kampung Tunku dan sekitarnya juga boleh mendaftar undi di beberapa kaunter yang akan dibuka di beberapa lokasi sekitar.

Pejabat Khidmat DAP Dun Kampung Tunku boleh dihubungi melalui talian: 03-7954 4724 –Roketkini.com