Berita

300 penduduk Kg Sunsuron dapat manfaat projek air graviti DAP Sabah

SOOK, 3 MEI: Kesulitan 300 penduduk Kg Sinsuron, Tulid akibat ketiadaan sumber air kini berakhir apabila projek bekalan air graviti di kampung mereka dirasmikan hari ini.

Perasmian projek telah disempurnakan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt yang hadir bersama Ahli Jawatankuasa DAP Sabah untuk menyaksikan majlis yang penuh bermakna bagi seluruh penduduk Kg Sinsuron.

Stephen yang berucap pada majlis tersebut melahirkan rasa syukur kerana penderitaan penduduk Kg Sinsuron yang selama ini tidak mempunyai sumber air bersih akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya daripada DAP Pensingan, Sook dan Tulid.

Perasmian sistem air graviti Kg Sunsuron oleh Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong

Menurut Ahli Parlimen Sandakan itu, projek tersebut adalah penting kepada rakyat di mana DAP dengan kerjasama Impian Sabah telah berjaya membina sistem air graviti untuk memenuhi keperluan harian seluruh penduduk Kg Sinsuran.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang turut membantu kerja-kerja pemasangan bersama-sama sukarelawan impian sabah.

“Apa yang paling membanggakan saya adalah dana projek bernilai RM40,000 ini adalah hasil sumbangan penderma yang prihatin dan tahu hasrat dan keinginan DAP yang mahu membela nasib rakyat di kawasan pendalaman yang kebanyakannya masih hidup dalam keadaan yang serba daif,” ujarnya.

Turut memberi ucapan pada majlis tersebut ialah Pengerusi DAP Keningau, Peter Saili, Ketua Wanita DAP Sabah, Jenny Lasimbang, Penyelaras DAP Pensiangan, Adrian Lasimbang, Penyelaras DAP Sook, Clare Taunek Simbat dan juga Penyelaras DAP Tulid, Robinson Rosikan.

Terdahulu Stephen turut merasmikan sebuah lagi projek air graviti untuk penduduk di Kg Umpason yang menelan belanja sebanyak RM14,000 yang memberi manfaat kepada 213 penduduk..

Dimana sumber air graviti yang di bekalkan oleh kerajaan selama ini telah rosak dan selama 3 tahun penduduk merujuk perkara tersebut kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan mahu pun usaha bagi membaikinya di lakukan. -Roketkini.com