Berita

Kurup dicabar hadir dialog, buktikan dakwaannya terhadap DAP Pensiangan

PENSIANGAN, 16 MEI: Penyelaras DAP Pensiangan, Adrian Lasimbang mencabar Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup untuk berdialog secara terbuka di hadapan penduduk kampung yang terlibat dalam banjir.

Gesaan ini dibuat ekoran dakwaan melulu Kurup yang mendakwa bantuan yang diberikan DAP Pensiangan kepada mangsa banjir hanya gimik semata-mata untuk menghasut rakyat.

Adrian Lasimbang, Penyelaras DAP Pensiangan, Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Sabah

Adrian yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah memberitahu, beliau mahu kurup membuktikan kata-katanya yang mengatakan sumbangan serta bantuan ikhlas DAP pensiangan sebenarnya hanya ingin menghasut rakyat dan cuma demi kepentingan politik sahaja.

“Kurup sebenarnya panik kerana kesilapannya telah didedahkan, bahawa beliau selama ini tidak pernah turun padang dan bersemuka dengan masyarakat kampung”,kata adrian yang menyifatkan sikap Kurup seperti remote control yang hanya mendengar dan menerima matlumat daripada orang bawahannya saja.

Kata Adrian, PBRS juga mempertikaikan maklumat dan kenyataan DAP yang telah turun padang dan meninjau sendiri kerosakkan akibat banjir, ini menunjukkan mereka langsung tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat dan hanya bertindak apabila DAP turun padang dan mencari resolusi terbaik untuk membantu rakyat.

“Kurup melebel usaha orang lain sebagai
gimik untuk melindungi kelemahan dan ketidakprihatinannya terhadap rakyat.

“Dia sebenarnya telah gagal menjadi pemimpin dan wakil rakyat di pensiangan apabila gagal turun padang untuk melihat dan mendegar sediri masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir.

“Dia hanya mengharapkan maklumat dari orang lain dan khususnya hanya bertindak setelah DAP menyuarakan masalah penduduk kampung,” ujarnya.

Selain penduduk kampung, dialog itu juga akan dihadiri oleh media-media tempatan Sabah.

Penyelaras DAP Tulid, Robinson Rusikan pula berpendapat bantuan yang diberikan oleh DAP adalah ikhlas dan bukannya kempen politik sempit.

Katanya, DAP selama ini sentiasa komited untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira parti politik, agama maupun kaum dan bukan hanya turun pada sewaktu musim pilihanraya hampir tiba.

“Terserah kepada saudara saudari di pendalaman sama ada di Sook, di Tulid untuk menilai dan memilih parti mana yang harus di beri mandat untuk membantu selepas pru ke-14,” katanya.

Jelas Robinson, Kurup tidak patut takut atau tercabar dengan program yang dianjurkan  DAP sebaliknya sebagai pihak kerajaan, mereka harus fokus untuk membantu dan bukannya melarang mana mana parti terutamanya parti pembangkang khususnya DAP untuk memberikan sumbangan atau bantuan kepada masyarakat.

Penyelaras DAP Sook, Clare Taunek Simbat berkata, walaupun bantuan yang di beri kecil tapi DAP hadir pada saat-saat genting.

“Kalau Kurup boleh mendakwa sedemikian, nyata sekali beliau tidak prihatin langsung dengan keadaan dan bencana yang menimpa. Bagi beliau apa yang dihadapi, rakyat cuma perkara remeh,” tegas Clare.

Bbeliau turut menggesa supaya Kurup tampil datang berdialog bagi membuktikan dakwaan beliau terhadap DAP pensiangan adalah gimik sahaja. -Roketkini.com