Berita

Kesihatan Datuk Ariff Sabri makin stabil

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri semakin stabil setelah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu akibat serangan angin ahmar.

Beliau telah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu lalu dan kini sedang dalam proses pemulihan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang melawat Ahli Jawatankuasa DAP Pahang itu berkata Ariff semakin pulih.

Status kemaskini facebook anak beliau, Jannah Sabri mewakili keluarganya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan.

“Ayah stabil dan sedang menjalani rawatan. Kami (ahli keluarga) mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan.

“Bagaimanapun, dalam tempoh pemulihan ini, kami tidak menerima kunjungan dan mohon diberikan ruang peribadi sepenuhnya,” kata Jannah. –Roketkini.com