Berita

Tutup bazar Ramadan: Pembohongan pemimpin UMNO makan diri

KLUANG, 13 JUN: Tindakan dua pemimpin UMNO Kluang menuduh DAP kononnya mahu bazar Ramadan Kluang ditutup akhirnya memakan diri apabila dakwaan itu ternyata satu pembohongan.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong mendedahkan, bazar Ramadan tersebut dipindahkan ke tapak baru atas kehendak MCA kira-kira 10 tahun lalu dan bukannya DAP.

Fakta ini sekaligus menyanggah tohmahan Ketua Umno Kluang, Md Jais Sarday, serta Anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim bahawa peniaga marah kepada DAP kerana didakwa mahu bazar berkenaan ditutup.

“Apa yang sebenarnya berlaku ialah, seorang anggota dewan undangan negeri MCA mengetuai protes terhadap bazar berkenaan dan menyerahkan bantahan itu kepada pegawai daerah.

“Saya terkejut bagaimana Md Jais dan Razali boleh terkeliru antara MCA dan DAP.

“Biar saya ingatkan jika mereka terlupa bahawa MCA ialah parti komponen BN dan rakan karib Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -Roketkin.com