Berita

Mahkamah batalkan keputusan DUN Sarawak, Dr Ting kekal Adun Pujut

KUCHING, 17 JUN: Mahkamah Tinggi Kuching hari ini memutuskan bahawa Dr. Ting Tiong Choon kekal sebagai Adun Pujut.

Ia sekaligus membatalkan keputusan Dewan Negeri Sarawak sebelum ini yang menyingkir Dr. Ting sebagai wakil rakyat.

“Dewan tidak mempunyai kuasa untuk masuk campur dalam urusan pilihan raya. Dewan juga bukanlah badan kompeten untuk menentukan isu melibatkan Perlembagaan,” ujar Hakim, Datuk Douglas Christo Primus Sikayun.

Pada 12 Mei lepas, kelayakan Dr. Ting sebagai wakil rakyat telah dibatalkan akibat usul yang ditentukan melalui pengundian menyaksikan sokongan majoriti 70 wakil rakyat manakala 10 membantah.

Ia ekoran isu kerakyatan Australia yang pernah diperolehinya sewaktu berhijrah ke negara itu sebelum ini.

Berita lanjut menyusul