Berita

Guan Eng umum struktur pemimpin HARAPAN P. Pinang

GEORGE TOWN, 27 JUL: Pakatan Harapan Pulau Pinang (HARAPAN) hari ini mengumumkan struktur kepimpinannya dalam persiapan mendepani Pilihanraya Umum ke-14 tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP negeri, sebentar tadi.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dilantik sebagai Pengerusi HARAPAN negeri.

Manakala Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, bersama-sama Pengerusi PKR negeri, Datuk Dr Mansor Othman; Pengerusi AMANAH negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi Bersatu negeri, Marzuki Yahaya.

Berikut adalah struktur organisasi Pakatan Harapan Pulau Pinang:

Pengerusi:
Lim Guan Eng

Timbalan Pengerusi:
Dato’ Mansor Othman
Chow Kon Yeow
Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa
Marzuki Yahaya

Setiausaha
Wong Hon Wai

Bendahari
Jagdeep Singh Deo

Ketua Penerangan
Dr. Afif Bahardin

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto
Chow Kon Yeow

Pengarah Jentera Pilihan Raya
Dato’ Mustafa Kamal

Ketua Pemuda Harapan Pulau Pinang
Dr. Afif Bahardin

Ketua Wanita Harapan Pulau Pinang
Lim Siew Khim

Menurut Guan Eng, Majlis Pimpinan HARAPAN Pulau Pinang adalah yang pertama diluluskan oleh Majlis Presiden gabungan tersebut dalam mesyuarat Isnin lalu.

HARAPAN Pulau Pinang juga merancang untuk mengadakan konvensyen negeri yang pertama pada 24 September nanti, di Seberang Perai sebagai persiapan menghadapi pilihanraya. – Roketkini.com