Berita

HARAPAN bentuk struktur di Selangor, Azmin jadi ketua

SHAH ALAM, 8 SEPT: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor hari ini selesai mengadakan mesyuarat kali pertamanya dipengerusikan oleh Pengerusi HARAPAN negeri, Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

Mesyuarat itu dihadiri kepimpinan komponen HARAPAN Selangor dari DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bagi mengukuhkan kedudukan HARAPAN di Selangor berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ahli-ahli jawatankuasa negeri turut dilantik.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa HARAPAN Selangor:

Pengerusi: YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR)

Timbalan Pengerusi: YB Tony Pua (DAP), Ir Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid (PPBM), YB Sivarasa Rasiah (PKR)

Setiausaha: YB Zuraida Kamaruddin (PKR)

Penolong Setiausaha: Kamarul Hisham (AMANAH)

Bendahari: YB Hannah Yeoh (DAP)

Pengarah Pilihanraya: YB Dr Xavier Jayakumar (PKR)

Pengarah Penerangan: Datuk Dr Sukiman Sarmani (PPBM)

Pengerusi Manifesto Negeri: YB Saari Sungib (AMANAH)

Pengerusi Biro Guaman: YB Gobind Singh Deo (DAP) 

Mesyuarat pertama HARAPAN Selangor ini mencuri perhatian setelah timbulnya perbahasan melibatkan kerjasama PAS dan PKR di negeri tersebut. – Roketkini.com

berita lanjut menyusul