Berita

Jom sertai pertandingan komik, video “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi”

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Golongan belia dijemput menyertai pertandingan komik dan video bertemakan “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” sempena himpunan 14 Oktober hadapan.

Pertandingan yang dianjurkan Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) ini dibuat bagi mengetengahkan bakat berkarya anak muda selain memahami tanggungjawab memerangi gajala rasuah dan cintakan negara.

Kedua-dua pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM2,000 kepada pemenang pertama, RM1,000 kepada pemenang kedua dan RM500 bagi pemenang ketiga manakala penyertaan adalah percuma.

Tarikh tutup penyertaan ialah 25 September 2017 dan pemenang akan diumumkan pada 14 Oktober 2017 semasa Himpunan “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” di Padang Timor, Petaling Jaya.

Berikut adalah syarat dan peraturan yang ditetapkan:

1) Kedua-dua pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali pihak Urusetia Pertandingan;

2) Peserta perlu membuat Video atau Komik berdasarkan tema yang ditetapkan oleh penganjur iaitu “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi”;

3) Video atau Komik tersebut hendaklah hak milik sendiri dan tidak pernah disiarkan dimana-mana media lain;

4) Video atau Komik berunsur lucah dan ganas tidak layak untuk dipertandingkan;

5) Spesifikasi lukisan Komik: Saiz A4, satu petak atau multipetak, lukisan tangan atau lukisan elektronik dan sekurang-kurangnya 600DPI;

7) Video berdurasi 1 minit ke 3 minit tersebut perlu dihantar kepada penganjur pertandingan menerusi Google Drive;

8) Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak penganjur.

9) Keputusan pertandingan ini adalah berdasarkan penilaian panel juri professional Pemuda Pakatan Harapan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi penganjur pertandingan, Chin Pei Chi (017-6577506) atau emel [email protected]  – Roketkini.com