Berita

‘Cuma orang gila sahaja yang boleh fikir saya ada 1 bilion ringgit’ – Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 6 OKT: “Cuma orang gila sahaja yang boleh fikir saya ada satu bilion ringgit.”

Demikian respon Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau dituduh membayar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion bagi membolehkan dirinya dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Malah, kata Dr Mahathir, beliau mempunyai rumah yang lebih kecil berbanding menteri biasa kerana beliau membelanjakan wang mengikut kemampuan yang ada padanya.

“Dan kalau ada satu bilion (ringgit), saya tak duduk macam ini lah, saya beli kapal terbang, beli kapal dan macam-macam lagi,” katanya melalui video yang disiarkan di Facebook rasmi PPBM.

Laman Malaysia Today yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin mendakwa Dr Mahathir membayar sejumlah wang kepada Ahli Parlimen Gelang Patah itu untuk jawatan tertinggi dalam HARAPAN.

Kenyataan itu turut disiarkan media pro UMNO, Utusan Malaysia.

Menyifatkan Raja Petra sebagai tidak siuman, mantan Perdana Menteri itu turut menggesa agar pelarian politik terbabit membuktikan dakwaannya itu.

“Saya ingat Raja Petra ini dah tidak siuman. Kalau dia siuman tunjuk buktilah,” tegasnya.

Kit Siang dalam kenyataan sebelum ini berkata akan menyaman mana-mana media yang mengulangi dakwaan berkaitan bayaran berkenaan. – Roketkini.com

Tun Mahathir jawab FITNAH Raja Petra yang kononnya Tun Mahathi…

Tun Mahathir jawab FITNAH Raja Petra yang kononnya Tun Mahathir bayar RM1 billion kepada Lim Kit Siang untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Parti Pribumi BERSATU Malaysia 发布于 2017年10月5日