Berita

HARAPAN Wilayah Persekutuan umum struktur kepimpinan

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan struktur kepimpinanya.

Ia dipengerusikan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan.

Menurutnya, HARAPAN Wilayah Persekutuan akan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai isu perbandaran, penjualan tanah kerajaan dan sebagainya yang sering melanda warga kota.

Menurutnya, banyak keputusan dan dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat seolah-olah dipengaruhi Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Kementerian ini nampaknya semata-mata diasaskan untuk mengawal DBKL untuk mencapai tujuan sempit Umno,” katanya dalam majlis pelancaran di Vivatel Hotel dekat sini, sebentar tadi.

Berikut adalah senarai struktur kepimpinan HARAPAN Wilayah Persekutuan:

Pengerusi: YB Tan Kok Wai (DAP)

Timbalan Pengerusi: YB Idris Ahmad (PKR), YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH), YB Fong Kui Lun (DAP), Muhammad Suhaimi Yahya (PPBM)

Naib Pengerusi: Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Datuk Ahmad Tarmizi Mohd Jam, YB Teresa Kok, Muhammad Zahid Md Arip

Setiausaha: YB Lim Lip Eng

Penolong Setiausaha: Othman Karim

Bendahari: Che Zam Hamzah

Ketua Pemuda: Zahin Zainal

Ketua Wanita: Niekmah Adam

Pengarah Pilihan Raya: Zahir Hassan

Pengarah Manifesto: Sally Sian Keng Eng

Ketua Biro Maklumat: Zaharudin Othman

Ketua Biro Undang-undang: Zulhazmi Shariff

Pengarah Strategik: Onn Abu Bakar

Anggota exco: Ismail Yahaya, Angus Ng, S Ganapathy, Hayatul Kamil Termudi

*Kredit foto: DAP Cheras