Berita

Pegawai Ketua Menteri P. Pinang ditahan polis selesai solat Jumaat

GEORGE TOWN, 13 OKT: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Husin hari ini ditahan pihak polis di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya di Pulau Pinang.

Menurut Pengarah Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, penceramah bebas itu menyampaikan khutbah Jumaat di masjid berkenaan.

“Sejurus selesai solat Jumaat sepasukan anggota polis telah menahan beliau.

“Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, kenyataan lanjut akan dikeluarkan sejurus peguam yang mewakili Wan Ji mendapat maklumat sahih berkenaan penangkapan tersebut.

Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com