Berita

Gotong-royong Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit bermula esok

GEORGE TOWN, 10 NOV: Seluruh rakyat Malaysia di alu-alukan menyertai program Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit yang akan bermula pada 11 hingga 12 November ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, program tersebut bertujuan demi membantu mangsa-mangsa banjir serta kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat bencana taufan serta fenomena hujan terlalu lebat, dalam kejadian pada 4 November lalu.

Program gotong-royong ini akan diadakan meliputi dua kawasan yang teruk terjejas banjir di bahagian pulau dan Seberang Perai.

Berikut adalah maklumat tempat berkumpul bagi mereka yang ingin menyertai program ini:

1) Bahagian Pulau

Tempat berkumpul: Pusat Bencana (Balai Rakyat) MBPP, Jalan Patani

Masa: Jam 8.00 pagi

2) Bahagian Seberang Perai

Tempat berkumpul: Depo Pembersihan MPSP Padang Lalang, Jalan Padang Lalang, Bukit Mertajam.

Masa: 7,00 pagi

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 04 – 228 8482 atau whatsapp, 012 – 524 5060.

Sukarelawan diminta memakai pakaian dan kasut yang sesuai bagi aktiviti gotong-royong. – Roketkini.com