Berita

‘Semangat Roket’ Lau Dak Kee perlu jadi tauladan – Tan Kok Wai

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Pengerusi Kebangsaan, Tan Kok Wai menyeru seluruh ahli DAP supaya mencontohi jejak perjuangan mendiang Lau Dak Kee, mantan pengasas parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan masyarakat.

Saranan itu dibuat ketika berucap di Malam Kenangan Lau Dak Kee di Ibu Pejabat Kebangsaan malam tadi.

Menurut Ahli Parlimen Cheras itu, tanpa jasa bakti pemimpin terdahulu, DAP tidak mampu berada dalam kedudukan sekarang yang mendapat sokongan rakyat negara ini.

“DAP sejak ditubuhkan pada taun 1966 – 52 tahun lalu, bermula dari sebuah perkumpulan kecil. Ia bukanlah mudah.

“Keberanian Lau Dak Kee berkhidmat untuk negara dan masyarakat telah mencatatkan rekod yang cemerlang walaupun beliau sudah meninggalkan kita selama-lamanya,” kata Kok Wai.

Kok Wai turut berkongsi pengalamannya bersama mendiang yang memberi nasihat dan ‘amaran’ sebelum menyertai DAP 39 tahun lalu.

“Beliau kata kepada saya, “Orang muda, masuk DAP ini banyak cabaran – contohnya ditahan ISA walaupun tak but apa-apa kesalahan atau jenayah”. Namun walau apa pun penindasan yang berlaku katanya, kebenaran pasti datang dan melindungi’” kata beliau.

Beliau berkata, semangat yang ditunjukkan mendiang Lau Dak Kee merupakan ‘semangat Roket’ yang perlu dicontohi seluruh pejuang parti.

“Kami berjanjia akan berusaha bersungguh-sungguh supaya BN digantikan dengan DAP dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini amat penting kepada anak-anak generasi masa hadapan kita untuk membebaskan negara tercinta dari belenggu penyelewengan rasudah dan kleptokrasi BN,” katanya lagi.

Selain veteran dan ahli keluarga Lau Dak Kee, turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Pesiden Parti Amanah Negara, Haji Mohamad Sabu; Pegarah Pendidikan Politik Dap, Liew Chin Tong dan ramai lagi.

Lau Dak Kee meninggal dunia pada 16 Oktober 2017 pada usia 74 tahun. Penglibatan anak kelahiran Selangor ini bersama DAP menyaksikan pelbagai cabaran dan penderitaan.

Beliau pernah ditahan selama 444 hari dalam ISA ketika operasi lalang. Mendiang pernah berkhidmat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan pernah menyandang jawatan Pengerusi DAP Perak serta dipilih sebagai wakil rakyat di peringkat Parlimen selama dua penggal dan Dewan Undangan Negeri bagi tiga penggal. – Roketkini.com