Berita

P. Pinang akan tambah bantuan pinjaman untuk usahawan tani muda

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mencadangkan jumlah pinjaman bagi program usahawan tani muda negeri itu dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM5,000 kepada pemohon sebelum ini.

Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) itu kata beliau bertujuan memberi bantuan dan galakan kepada usahawan tani muda berumur 40 tahun ke bawah, dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan negeri itu.

Menurutnya, sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Harapan telah menyalurkan RM430,000 kepada penerima TUTM dengan jumlah keseluruhan seramai 84 penerima dan masih berbaki RM320,000 daripada jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM750,000.

“Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk memberi bantuan pinjaman maksimum RM5,000 kepada usahawan tani mudia

“Saya telah meminta pihak Dr. Afif untuk mempertimbang, untuk menaikkan jumlah pinjaman TUTM ini daripada RM5,000 kepada RM10,000 atau RM15,000,” katanya lapor Buletin Mutiara.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata semikian dalam majlis penyampaian cek TUTM kali ketujuh kepada sembilan penerima di Pejabat Ketua Menteri dekat Komtar di sini pada pagi tadi.

Menurut Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin, usahawan kali pertama yang berjaya membayar balik RM5,000 kepada TUTM adalah layak untuk dipertimbang untuk mendapat pinjaman lanjut maksimum RM10,000. – Roketkini.com