Berita

Misteri penyelesaian tanah FELDA timbulkan persoalan

Penyelesaian skandal tanah FELDA bernilai RM27 juta secara ‘misteri’ dengaan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) tanpa melibatkan sebarang kos hanya menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan kata Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng.

“Berapakah jumlah duti setem yang telah dibayar SPSB, dan adakah pihak berwajib telah mengembalikan amaun terlibat kepada SPSB, atau adakah SPSB telah dibayar oleh Felda setelah hakmilik tanah itu dikembalikan?” kata Lip Eng.

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, sebarang jual beli hartanah sepatutnya melibatkan duti setem dan SPSB perlu membayar sekurang-kurangnya RM8 juta duti setem kepada kerajaaan untuk mendapatkan hakmilik tanah terbabit.

“Itu pun kalau ia dilakukan dengan satu perjanjian jual beli, dan nilaiannya RM27 juta, dan bukan RM1 bilion seperti yang didakwa para pengkritik,” kata beliau.

Persoalan kedua yang berbangkit adakah FELDA mendapatkan semula tanah terbabit bebas dari bebanan (free of all encumbrances) atau adakah tanah terbabit telah dicagarkan kepada mana-mana bank untuk sebarang pinjaman?

“Paling penting sekali, siapakah pemegang sebenar hak milik tanah terbabit itu sekarang?

“Geran tanah masih didaftarkan di bawah nama SPSB atau Felda? Bolehkah Shahrir Samad tunjukkan gerannya kepada kita?” soalnya lagi. – Roketkini.com