Berita

P. Pinang umum elaun RM1.4 juta untuk imam, bilal dan siak negeri

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang digambarkan sebagai anti-Islam dan anti-Melayu mengumumkan pemberian elaun berjumlah RM1,478,097.60 juta kepada 406 imam, bilal (365) dan siak (386) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini (Januari hingga Jun).

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Kerajaan Negeri akan difitnah sekali lagi oleh pembangkang Pulau Pinang gara-gara memberi peruntukan yang memang diperlukan oleh institusi dan umum Islam di negeri ini.

“70 peratus peruntukan bagi membayar elaun pegawai-pegawai masjid ditanggung oleh Kerajaan Negeri, manakala 30 peratus lagi ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

“Apabila Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan hal ehwal pembangunan Islam sebanyak 84 peratus, kita diserang sebagai ‘anti-Cina’, ‘angkat undi Cina tapi bantu orang Melayu’.

“Permainan perkauman ini tidak harus diteruskan, Kerajaan Negeri perlu bantu semua orang tanpa mengira apa fahaman pun, latar belakang bangsa atau agama,” tegasnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan pada sidang media di Komtar.

Guan Eng yang juga salah seorang daripada tiga timbalan presiden Pakatan Harapan nasional memberitahu, elaun bulan Imam, bilal dan siak masing-masing adalah sebanyak RM850, RM324 dan RM360.

Pautan Video : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1973985755952198&id=211734085510716

Nota editor: Roketkini memohon maaf atas kesilapan angka-angka rasmi dalam laporan terdahulu.