Berita

Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir

Satu-satunya kawasan pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang, Perak kini dalam bahaya apabila kerajaan negeri telah meluluskan aktiviti mengorek pasir di kawasan muara sungai Puyu, berhampiran dengan kawasan tersebut.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam satu kenyataan berkata, aktiviti itu dilaporkan bertujuan untuk mengelakkan takungan banjir sedangkan lokasi tersebut jauh dari kawasan kediaman penduduk dan dikelilingi tanaman sawit.

“Untuk pengetahuan, kawasan ini adalah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS) yang telah dinyatakan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) di mana tidak boleh ada apa-apa aktiviti fizikal boleh dijalankan melainkan aktiviti eko-pelancongan terkawal dan penyelidikan.

“Kami mohon pihak berkuasa segera ambil perhatian dan menyelesaikan isu ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan ancaman terhadap penyu setempat terutamanya ketika mahu mendarat untuk bertelur, kerana Penyu di Segari lebih tertumpu di kawasan Pantai Pasir Pandak dan juga berdekatan kawasan ini yang mana keluasannya tidak begitu lebar.

“Pantai Pasir Panjang pula sudah kurang menerima pendaratan penyu akibat aktiviti manusia,” kata KUASA.

Kerajaan negeri ‘diam diri’

Menzahirkan rasa kecewa, Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman, berkata, isu status tanah dan pembangunan di kawasan tersebut telah pun dibangkitkan sejak tahun 2009.

Selain aktiviti pengorekan pasir, kawasan itu sebelum ini terancam dengan dua projek perindustrian yang diluluskan kerajaan negeri melibatkan pembinaan loji membekal gas cecair (LNG) yang diluluskan pada 9 Jun 2011 seluas 60 hektar kepada syarikat Atigas Technology Sdn Bhd dan kilang besi dan keluli Maegma Steel HRC Sdn Bhd (202.35 hektar) pada 25 Jun 2012.

“Bagi pihak SAM sudah tentu kita berasa kecewa dengan perkembangan terbaru ini.

“Kita sudah perjuangkan isu ini sejak tahun 2009 dan melakukan banyak kempen,” katanya ketika dihubungi.

Meor berkata, pihaknya juga telah mengemukakan dua memorandum kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada bulan Julai dan Ogos 2013.

Ini termasuk penyerahan lebih 80,000 salinan petisyen atas talian kepada pihak berkuasa membabitkan isu penerokaan dan alam sekitar di kawasan terbabit.

“Bagaimana pun segala kuasa keputusan adalah daripada kerajaan negeri dan kita juga telah menghantar memorandum ini kepada Exco Alam Sekitar dan Exco Pelancongan pada 2014.

“Kita sudah jumpa dua exco ini tapi nampaknya macam tiada keputusan. Projek itu macam tergantung.

“Yang membimbangkan sekarang ialah status tanah yang sudah dinyahwarta kerana tiada ‘security of tenure’, tak ada jaminan tanah tersebut tidak disentuh,” katanya lagi.

Roketkini sebelum ini melaporkan, kawasan Pantai Pasir Panjang yang terletak dalam kawatan Hutan Simpan Tanjung Hantu dan Hutan Simpan Segari Melintang itu dinyahwarta menjadi zon industri oleh kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. – Roketkini.com

Video & foto oleh KUASA dan @selamatkanpenyusegari

AKTIVITI MENGOREK PASIR DI KAWASAN PANTAI PENDARATAN PENYU DI SEGARI Tinjauan dan laporan daripada komuniti setempat (Nelayan Teluk Senangin) mendapati terdapat aktiviti mengorek pasir yang telah diluluskan di kawasan muara sungai Puyu, kawasan yang sangat berdekatan dengan pantai pendaratan penyu.Untuk pengetahuan, kawasan ini adalah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS) yang telah dinyatakan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) di mana tidak boleh ada apa-apa aktiviti fizikal boleh dijalankan melainkan aktiviti eko-pelancongan terkawal dan penyelidikan.Respon daripada pihak berkuasa pula, aktiviti ini dilakukan kerana mahu mengelakkan takungan banjir, sedangkan menurut penduduk tempatan, kawasan penduduk amat jauh daripada kawasan Sg Puyu tersebut melainkan ia dikelilingi ladang sawit Felcra.Kami mohon pihak berkuasa segera ambil perhatian & menyelesaikan isu ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan ancaman terhadap penyu setempat terutamanya ketika mahu mendarat untuk bertelur, kerana Penyu di Segari lebih tertumpu di kawasan Pantai Pasir Pandak dan juga berdekatan kawasan ini yang mana keluasannya tidak begitu lebar.Pantai Pasir Panjang pula sudah kurang menerima pendaratan penyu akibat aktiviti manusia.#SaveSegariTurtles #SelamatkanPenyuSegariSumber Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA

Selamatkan Penyu & Hutan Bukit Pantai Segariさんの投稿 2018年1月30日(火)