Berita

Lim Kit Siang cedera, dinasihati berehat

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengalami kecederaan di dahi malam tadi selepas terjatuh bilik air di kediamannya di Gelang Patah.

Beliau kemudian dibawa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan dinasihati doktor supaya berehat.

Ekoran itu, Lim Kit Siang membatalkan semua jadual kerjanya hujung minggu ini termasuk forum kedai kopi di Gelang Patah pagi tadi dan di Pekan Nenas pada pagi Sabtu kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan ibu pejabat DAP sebentar tadi.

“Beliau juga tidak dapat menghadiri majlis memperingati tragedi MH370 kali keempat di Kuala Lumpur.

“Suatu tarikh baru akan ditetapkan bagi kunjungannya ke Sungai Pelek dan Sepang yang dijadualkan Ahad ini.

“Beliau juga tidak dapat menghadiri majlis makan malam mengumpul dana anjuran PKR di Setia Alam pada Ahad malam,” kata kenyataan itu lagi. – Roketkini.com