Rencana

Parlimen yang berfungsi, bukan yang berdiam diri

Malam tadi adalah pelancaran buku oleh Adun DAP paling muda di Dewan Negeri Selangor, Yeo Bee Yin, bertajuk “Reimagining Malaysia”.

Seorang anak gadis dari pekan kecil Batu Anam, Segamat yang telah berjaya menjadi seorang jurutera setelah menerima Biasiswa Universiti Cambridge Gates, Bee Yin menceritakan kisah perjalanan hidup peribadinya, harapan dan impiannya untuk negara dalam buku ini.

Seperti yang saya katakan dalam pengantar buku ini, saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai impian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik demi rakyat dan diri mereka, yang dihancurkan sama sekali oleh keperluan hidup, termasuk harapan dan tekanan ibu bapa .

Kita mesti mencari cara untuk bertindak balas terhadap suara-suara dalaman ini dan memberi mereka ruang untuk bersuara.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa faktor gaji yang rendah dan kekurangan peluang kerja telah memaksa kira-kira 5,000 rakyat Malaysia untuk mencari kerja dan hidup secara haram di Korea Selatan, dan terpaksa menderita pelanggaran hak asasi manusia dan juga dinafikan bayaran gaji. Ramai yang terbiar untuk pandai-pandai menjaga diri sendiri selepas mengalami kemalangan di tempat kerja dan dipecat .

Selain persoalan mengenai apa yang dilakukan oleh Kedutaan Malaysia di Seoul untuk menjaga kebajikan 5,000 rakyat Malaysia yang menjadi pendatang asing tanpa izin di Korea Selatan, persoalan yang perlu kita tanyakan adalah mengapa 5,000 rakyat Malaysia ini membawa diri ke Korea Selatan?

Sama seperti kira-kira dua juta rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke negara asing dalam masa setengah abad yang lalu untuk membantu membangun dan memodenkan negara-negara asing, sama ada Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lebih dekat lagi, Singapura, mereka mencari Impian Malaysia – demi kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.

Lima ribu rakyat Malaysia yang menjadi pendatang asing tanpa izin di Korea Selatan dan dua juta rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke negara lain dalam tempoh setengah abad yang lalu telah mencipta, bukan Diaspora Cina Malaysia atau Diaspora India Malaysia, tetapi Diaspora Rakyat Malaysia yang terdiri daripada rakyat semua kaum dan agama.

Mereka tergolong daripada generasi yang paling bijak di negara ini dan sepaatutnya mencari Impian Malaysia mereka itu di tanah air, tetapi mereka terpaksa meninggalkan ibu pertiwi untuk mengejar Impian Malaysia di luar negara.

Malaysia telah menggagali mereka.

Kita telah kehilangan arah tuju sepanjang tempoh enam dekad yang lalu berbanding negara-negara yang lebih mundur dari segi ekonomi, pendidikan dan politik daripada Malaysia yang kini telah mengatasi kita dalam semua bidang ini, dan menjadi bukan hanya lebih kaya dan lebih maju dan makmur, bahkan lebih demokratik dan lebih menghormati prinsip-prinsip tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang.

Kita telah terkebelakang di anak-anak tangga negara-negara dari segi kecemerlangan dan pencapaian sejak separuh abad yang lalu.

Ini digambarkan dengan cemerlang oleh Indeks Persepsi Rasuah (TI) Transparency International (TI) 2017, di mana Malaysia menjunam ke ranking paling rendah dalam tempoh 23 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, tampil dengan kenyataan yang tidak masuk akal bahawa rangkaian penangkapan yang berprofil tinggi sepanjang tahun lalu adalah punca kejatuhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (CPI).

Ini benar-benar bercanggah dengan penilaian oleh Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar bahawa kedudukan CPI TI Malaysia sepatutnya turun lebih rendah lagi daripada tempat ke-62 dari 180 negara “jika bukan kerana sikap agresif SPRM dalam menjalankan siasatan dan membuat penangkapan untuk menghalang rasuah di negara ini “.

Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah berfikir bahawa kedua-dua rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa begitu mudah tertipu sehinggakan mereka dapat dikelirukan oleh kempen ‘terkejut- tergempar’ SPRM membuat tangkapan dan pertuduhan, yang dengan taat mengelak ‘jerung-jerung’ korupsi mempunyai agenda khusus untuk menyerang pemimpin Pakatan Harapan, supaya rakyat percaya bahawa SPRM diberi kuasa memerangi rasuah tanpa mengira pangkat dan darjat.

Akhbar Satar memang betul. Jika bukan kerana taktik penangkapan dan tuduhan ‘terkejut-tergempar’ SPRM, kedudukan TI CPI 2017 Malaysia akan menjadi lebih rendah lagi, dan berada di kedudukan yang sama seperti Bulgaria, Afrika Selatan, Vanuatu, Burkina Fako, Lesotho dan Tunisia dengan skor CPI 42-43 / 100.

Bagi memulihkan keyakinan orang ramai dan kredibiliti SPRM dalam memerangi rasuah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan lebih kurang 20 orang anggota daripada lima badan yang memantau SPRM harus secara kolektif meletakkan jawatan mereka ekoran kegagalan yang diperlihatkan melalui TI CPI 2017 yang menyaksikan Malaysia terjun ke ranking CPI TI terendah dalam tempoh 23 tahun – 62 daripada 180 negara dengan skor CPI 47/100.

Lima badan ini adalah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Kajian Operasi, dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

Adalah amat memalukan bagi Transparency International Malaysia untuk menanggung malu, dan kehilangan maruah apabila kedua-dua presidennya berakhir sebagai tentera upahan politik mereka yang berkuasa, menjadi apologis dan pembela Malaysian Official 1, skandal pengubahan wang antarabangsa berbilion dolar 1MDB dan Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi global.

Apa yang telah berlaku kepada semua yang mendabik dada kononnya Malaysia akan berada di kedudukan 30 negara paling kurang rasuah menjelang tahun 2020, sedangkan hal demikian nampaknya semakin ‘jauh panggang dari api’?

Kita boleh melihat bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM memang tidak menjangkakan CPI TI Malaysia akan bertambah baik dalam tiga tahun akan datang, tetapi adakah beliau menjangkakan kejatuhan ke ranking 62 daripada 180 negara?

Beliau malah kini memikirkan supaya SPRM mewujudkan indeks rasuah sendiri, yang pastinya tidak mempunyai kredibiliti kecuali di mata UMNO dan Barisan Nasional.

China dan Indonesia nampaknya bersedia untuk mengatasi Malaysia dalam siri TI CPI jika kedua-dua negara itu meningkatkan kedudukan CPI TI mereka dan mengekalkan momentum masing-masing sejak 23 tahun yang lalu, sementara Malaysia kekal tidak berubah. China mengatasi Malaysia dalam lapan tahun pada 2015 manakala Indonesia dalam masa 14 tahun pada tahun 2031.

China dan Indonesia akan mengatasi Malaysia dalam tempoh yang lebih pendek sekiranya Malaysia terus merosot, seperti yang berlaku dalam tempoh sembilan tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Apa yang Parlimen dan SPRM sedang lakukan berhubung kemungkinan yang mengejutkan ini?

Sebelum penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun 2009, Malaysia berada di ranking CPI TI terbaik di kedudukan 23 di bawah seliaan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan No. 39 di bawah Tun Abdullah Badawi, berbanding kedudukan CPI TI yang terbaik di bawah Najib di angka ke-50; dengan kedudukan TI CPI terburuk No. 37 di bawah Mahathir dan No. 47 di bawah Abdullah berbanding dengan No. 62 di bawah Najib.

Saya mencadangkan para Menteri, Timbalan Menteri, Anggota Parlimen serta pegawai tertinggi, sama ada Ketua Setiausaha, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Audit Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membaca memoir taikun Malaysia, Robert Kuok, yang baru-baru ini difitnah dan menerima serangan UMNO yang tidak berasas, jahat dan ganas selama empat hari atas tuduhan palsu bahawa Robert Kuok telah membiayai DAP melawan Barisan Nasional.

Robert Kuok dengan cemerlang menunjukkan dalam memoirnya sebab-sebab mengapa Malaysia telah kehilangan arah tujunya dalam tempoh enam dekad yang lalu dan merosot dari negara yang dihormati dan dikagumi oleh dunia, menjadi sebuah negara yang semakin dihina kerana kita telah menjadi kleptokrasi global yang tidak tahu malu.

Bacalah Memoir Robert Kuok, khususnya Bab 22 tentang “Strength of Culture” di hujung-hujung Bahagian 7 bertajuk “In Closing”, di mana dia menunjuk dua faktor yang menentukan naik turunnya sebuah bangsa:

– Negara dengan kompas moral, dan

– Kedaulatan undang-undang

Robert Kuok berkata:

“The leaders must be politician-statesmen willing to put the good of their nations and the people above their individual self-interest. I recoil from politicians who are there for fame and glory, or to line their pockets. True leaders are those who come out of the community and govern to raise the people to greater heights.”

Memoir Robert Kuok juga menyebut:

“A moral society cannot be attained through policing. You must begin at the beginning, and infuse the young with a strong sense of morality from a young age, both at home and at school.”

Katanya lagi:

“It is a basic principle of the rule of law that everyone is equal before the law. In China today we have rule by man. Under the rule of law, even the General Secretary of the Communist Party is not above the law.”

Jika Malaysia tidak kehilangan kompas moral dan kedaulatan undang-undangnya tidak memburuk akibat hilangnya kebebasan, kesaksamaan dan profesionalisme institusi utama negara, Impian Malaysia yang memotivasi seluruh rakyat Malaysia sepanjang enam dekad yang lalu tidak akan malap, dan rakyat Malaysia tidak akan terpaksa meninggalkan tanah air untuk mencari peluang yang lebih baik di luar negara – termasuk Robert Kuok.

Mengenai serangan UMNO yang tidak berasas, jahat, dan ganas terhadap Robert Kuok tentang tuduhan palsu bahawa beliau telah membiayai DAP melawan Barisan Nasional, Perdana Menteri dan Kerajaan UMNO / BN mesti memohon maaf secara terbuka kepada beliau, dan saya minta Perdana Menteri secara rasmi dan terbuka memohon maaf secara kepada Robert Kuok di Parlimen minggu depan semasa menggulung perbahasan.

Ini adalah penggal kesepuluh saya menjadi Ahli Parlimen Malaysia sejak 1969 dengan tempoh berehat pada Parlimen ke-10 dari tahun 1999 – 2004.

Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen untuk Gua Musang, adalah satu-satunya ahli Parlimen lain yang telah berkhidmat di Parlimen selama sepuluh penggal sejak 1974, walaupun secara keseluruhan saya telah berkhidmat lebih lama di Parlimen berbanding Tengku Razaleigh.

Malaysia berhak mempunyai Parlimen yang boleh dibanggakan – Parlimen yang memahami erti Impian Malaysia seluruh rakyatnya, bukannya menjadi seperti tiga ekor kera yang ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar, dan ada mulut tetapi tidak bersuara.

Saya tidak boleh berasa bangga untuk menjadi Ahli Parlimen dalam Parlimen ke-13, yang telah menjadi bahan ketawa Parlimen seluruh dunia.

Usul mengenai 1MDB dikemukakan atau dibahaskan di Parlimen di negara lain, tetapi tidak di Malaysia.

Sebagai contoh, di House of Commons di United Kingdom, di mana Ahli Parlimen Parti Buruh untuk Cynon Valley, Ann Clwyd telah mengemukakan usul early day motion (EDM) pada Julai tahun lepas, yang berbunyi:

“That this House is alarmed about allegations of the misappropriation of billions of dollars from 1Malaysia Development Berhad, a state-owned investment firm intended to promote economic development in Malaysia, including by the current Malaysian Prime Minister, Najib Razak.

“The EDM notes the ongoing investigations in a number of countries, including the US and Switzerland and further notes the statement by the FBI deputy director Andrew McCabe, in connection with the largest single action so far by the US Department of Justice’s Kleptocracy Asset Initiative, that the Malaysian people were defrauded on an enormous scale.

“The EDM wants to highlight the continuing restrictions on freedom of expression and of association in Malaysia, as well as the misuse of the Sedition Act, targeted particularly at government critics, including opposition politicians and MPs, such as Anwar Ibrahim, jailed following legal proceedings which fell far short of international standards, and Rafizi Ramli MP.

“It further encourages the government of Malaysia to allow international observers, including from a range of Commonwealth countries, at its upcoming general elections, to demonstrate its commitment to free and fair elections, particularly given that Malaysia will be taking up the Chair-in-Office of the Commonwealth in 2020.”

Atau di Parlimen Switzerland hari ini, di mana Anggota Parlimen Switzerland akan membahaskan dan mengundi mengenai usul untuk menghantar balik wang terkait 1MDB bernilai RM430 juta yang dirampas daripada bank Switzerland kerana pengubahan wang haram dan amalan rasuah lain, pulang ke Malaysia untuk memberi faedah kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat skandal kewangan antarabangsa mega 1MDB.

Pemulangan wang rasuah yang tersembunyi atau disimpan di luar negara dari negara asalnya dan penggunaannya untuk memberi manfaat kepada rakyat yang dirugikan oleh amalan rasuah tersebut adalah prinsip yang telah diterima di peringkat antarabangsa hasil Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Rasuah 2003 yang ditandatangani oleh Malaysia di Mexico pada 9 Disember 2003 dan disahkan secara rasmi pada 24 September 2008.

Usul di Parlimen Swiss atas nama Carlos Sommaruga dari Parti Sosial Demokratik (SP) Swiss, berbunyi:

“The Federal Council (cabinet) is instructed to repatriate to its country of origin, at least in part, profits unlawfully obtained in third party countries by the Federal Prosecutor’s Office and the Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) in accordance to the procedures of the Illegally Acquired Assets Act (SR 196.1) in the countries concerned.”

Kerajaan dan 1MDB telah berusaha mengabui mata rakyat dengan mendakwa bahawa usul Swiss tidak khusus kepada 1MDB, dan “apa-apa tuduhan mengenai asetnya yang dibongkar atau disalahgunakan, sama ada di dalam dan di luar negara, adalah tidak benar dan bermotivasi politik ”

Di Amerika Syarikat, Jawatankuasa Senat tentang Perbankan, Perumahan dan Hal Ehwal Bandar mengadakan perbicaraan mengenai “Membanteras Pengubahan Wang dan lain-lain bentuk kewangan haram” pada bulan Januari tahun ini di mana Pemangku Timbalan Penolong Peguam Negara, Bahagian Jenayah, M. Kendall Day telah memberi keterangan dan membuat kenyataan berikut mengenai skandal 1MDB:

“Between 2009 and 2015, those corrupt officials and their associates took more than $4.5 billion from the development fund in four phases.

“These funds were laundered through a complex web of opaque transactions and fraudulent shell companies with bank accounts in countries around the world, including Switzerland,Singapore, Luxembourg, and the United States.”

Tetapi di Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen tidak boleh bertanya atau mengemukakan usul tentang skandal 1MDB, yang memberikan Malaysia ‘3 I’ – infamy, ignominy dan iniquity akibat digelar sebagai kleptokrasi global di seluruh dunia.

Bagi pemimpin UMNO/BN, pengarang dan ‘tentera quinoa’ yang percaya bahawa 1MDB boleh dibakulsampahkan sebagai isu pilihan raya utama dalam PRU14 yang akan datang, saya cadangkan mereka membaca artikel terbaru wartawan perniagaan P. Gunasegaram di Malaysiakini,  ‘1MDB very much a major election issue’ di mana katanya beliau enggan mempercayai bahawa mana-mana rakyat Malaysia, luar bandar atau bandar, tidak menghiraukan bahawa sebanyak lebih daripada RM40 bilion telah dicuri dari 1MDB dan daripada jumlah ini, lebih RM30 bilion adalah wang pinjaman.

Tetapi malang sekali, Malaysia seolah-olah bukan sahaja menuju ke arah ‘3 I’ kleptokrasi global, tetapi mencapai tahap yang lebih besar untuk menjadi kleptokrasi global berganda.

Pada hari Selasa, Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming, menawarkan perkhidmatan undang-undang percuma kepada Najib untuk menyaman majalah berita mingguan antarabangsa, Economist, untuk artikel bertarikh 8 Mac 2018 yang bertajuk:“Stop, thief! Malaysia’s PM is about to steal an election”.

Saya menyokong sepenuhnya tawaran perkhidmatan undang-undang percuma ini dari DAP, dan Najib boleh memilih mana-mana peguam DAP untuk mempertahankan reputasi beliau dan negara.

Tetapi sudah genap seminggu, dan Najib membisu seribu bahasa, tanpa sebarang jawapan mengenai artikel Economist yang menggelarnya seorang pencuri yang akan mencuri Pilihanraya Umum ke-14 – atau hos MSNBC Rachel Maddow yang juga menggelar Najib pencuri dalam program Rachel Maddow Show pada 9 Mac kerana skandal pengubahan wang antarabangsa berbilion ringgit 1MDB.

Saya ingin bertanya terus kepada Najib – mengapa bercakap mengenai pelbagai isu dalam seminggu yang lalu tetapi berdiam diri atas dakwaan kleptokrasi global berganda?

Saya telah menyebut sepuluh hari lalu bahawa skandal pengubahan wang 1MDB adalah seakan ribut taufan berita buruk di seluruh dunia untuk Najib, kerajaan dan rakyat Malaysia sejak berita rampasan jet Bombadier di Singapura pada awal Februari, diikuti dengan berikut peristiwa berikut:

  • penyitaan kapal pesiar mewah Equanimity di Bali pada akhir Februari;
  • program khusus CNBC mengenai “Apa yang berlaku kepada wang 1MDB Malaysia” pada 1 Mac;
  • laporan bahawa penerbit “Wolf Of Wall Street” bersetuju untuk membayar US$ 60 juta kepada DoJ dalam penyelesaian tindakan undang-undang kleptokratik
  • laporan bahawa anak lelaki Perdana Menteri Australia, Alex Turnbull, adalah mangsa skandal 1MDB kerana dipinggirkan dari jawatan eksekutifnya di Goldman Sachs selepas bertindak sebagai pemberi maklumat mengenai transaksi yang didakwa membabitkan berbilion-bilion dolar antara bank pelaburan global itu dengan 1MDB;
  • laporan bahawa pengumpul dana parti Republican yang rapat dengan Presiden Donald Trump telah meminta sebanyak AS$ 75 juta (RM295 juta) daripada Jho Low untuk mengusahakan supaya DOJ menghentikan penyiasatan skandal 1MDB;
  • Pegawai-pegawai Malaysia termasuk Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan juga Ketua Polis Negara bergegas mempertahankan Jho Low dan skandal 1MDB, contohnya seperti KPN yang mendakwa bahawa “tidak ada kaitan antaraJho Low dengan 1MDB” dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang mendakwa bahawa tidak ada bukti kapal mewah yang dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia dan FBI itu dimiliki oleh Jho Low;
  • dan dua organisasi media antarabangsa, Economist dan MSNBC secara terbuka menggelar Najib sebagai “pencuri” yang mengubah Malaysia menjadi kleptokrasi global berganda ;
  • Perbahasan Parlimen Swiss mengenai usul hari ini tentang pemulangan sejumlah dana kepada rakyat Malaysia berkait 1MDB bernilai RM400 juta yang dirampas dari bank-bank Swiss dalam skandal pengubahan wang haram 1MDB.

Tetapi ribut taufan berita ini belum berhenti.

Isnin lalu, NGO antarabangsa hak asasi manusia dan anti-rasuah, Global Witness, mengeluarkan laporan 26 halaman, bertajuk “The Real Thieves of Wall Street” dalam kempennya untuk mendapatkan pengawalselia kewangan UK, Financial Conduct Authority  (FCA ), untuk menyiasat Royal Bank of Scotland dan Standard Chartered kerana mengendalikan lebih daripada AS$ 2 bilion dana yang didakwa digelapkan daripada 1MDB.

Global Witness berkata dalam laporan 26 halamannya itu bahawa urusan 1MDB adalah “kegagalan yang jelas” oleh pihak bank kerana mereka “mengabaikan peraturan, menutup mata, menyimpan pelanggan yang menguntungkan dan terus mengendalikan berbilion ringgit wang kotor walaupun terdapat tanda-tanda amaran yang jelas “.

(“ignored the rules, turned a blind eye, kept profitable clients and continued handling billions of dollars of dirty money despite clear warning signs”. )

Laporan Global Witness memetik anggara Pertubuhan Bangsa-Bangsa bahawa penguatkuasaan undang-undang menyita dan membekukan kurang daripada 1% dana jenayah yang ‘dicuci’ melalui sistem kewangan antarabangsa.

Katanya: “Behind every flow of laundered funds lies a crime, and those crimes have victims”

“It now appears likely that 1MDB will fail to repay its debts, given the scale of embezzlement alleged to have taken place. If that happens the Malaysian government will face a bill greater than the country’s annual healthcare budget. In the end, the people of Malaysia will pay the price.”

Kerajaan bagaimanapun sememangnya berada di tengah konspirasi untuk membuat rakyat Malaysia percaya bahawa skandal 1MDB adalah jenayah yang tidak mempunyai mangsa, dan malah sebenarnya, semua ini adalah berita palsu dan tidak wujud.

Saya malu menjadi Ahli Parlimen untuk sebuah Parlimen yang berada dalam konspirasi ini di mana skandal 1MDB telah menjadi subjek tabu, di mana soalan-soalan tidak boleh ditanya dan usul habis ditolak.

Ini mungkin dua minggu terakhir untuk Parlimen sekarang.

Malaysia mesti memiliki Parlimen yang boleh dibanggakan – Parlimen yang memahami erti Impian Malaysia seluruh rakyatnya, bukannya menjadi seperti tiga ekor kera yang ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar, dan ada mulut tetapi tidak bersuara.

Saya tidak tahu sama ada saya akan kembali ke Parlimen ke-14, tetapi saya berharap dapat melihat Parlimen yang dapat memberi ruang kepada Impian Malaysia oleh semua rakyatnya – di mana ADUN Damansara Utama yang akan meninggalkan Lembah Klang ke medan juang PRU14 di Johor akan dapat mengambil tempatnya.

Izinkan saya menggariskan tiga prinsip utama penglibatan 52 tahun dalam politik  Malaysia:

Pertamanya, saya menyertai politik kerana Impian Malaysia, yang saya percaya turut dikongsi ramai rakyat Malaysia sepanjang dekad lampau, yang setia mencintai Malaysia tanpa belah bahagi- untuk membina sebuah negara di mana semua rakyat Malaysia, tanpawngira kaum, agama atau latar daerah, bersatu bersama kerana mereka rakyat Malaysia. Dan di mana Malaysia boleh mendapat faedah daripada kepelbagaian kaum, budaya, agama dan tamadun yang bergabung di Malaysia, untuk menjadi negara yang paling cemerlang dalam pelbagai bidang.

Kedua, DAP sentiasa merupakan sebuah parti untuk seluruh rakyat Malaysia dan bukan parti untuk satu kaum sahaja. Pemimpin DAP, yang datang dari pelbagai latar etnik dan agama, tidak bercita-cita menjadi pemimpin satu kaum atau agama sahaja, kerana kami melihat diri kami sebagai wakil seluruy rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama magupun daerah.

Tiada sesiapa boleh menjadi pemimpin Malaysia sekiranya dia menentanf mana-mana kaum atau agama, atau hanya peduli tentang hak dan kepentingan aaru komuniti – sebagai pemimpin Malaysia, kita mesti menunjukkan contoh untuk melampaui batas perbezaan kaum, agama dan daerah demi berkhidmat kepada rakyat.

Ketiga, rakyat Malaysia yang menyokong DAP secara konsisten separuh abad yang lalu bernuat demikian bukan kerana mahu sebuah negara Cina atau India, kerana mereka tahu DAP tidak pernah mengajukan negara sedemikian, tetapi kerna sebuah Impian Malaysia untuk rakyat Malaysia, di mana semua rakyatnha tanpa mengira kaum, agama dan daerah mempunyai hak di bawah langit negara ini.

Biar semua rakyat Malaysia, yang di tanah air atau di luar negara, menyahut seruan untuk Selamatkan Malaysia pasa PRU ke 14, dengan membetulkan semula hala tuju pembinaan negara serta dasar-dasarnya demi mencapai Impian Malaysia yang cemerlang, adil, berintegriti, bebas dan harmoni supaya negara ini boleh menjadi cahaya harapan dalam dunia yang begitu terganggu.

*Teks ucapan Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang membahas titah di-Raja di Parlimen, pada hari Khamis 15 Mac 2018.