Berita

Arul Kanda dipelawa bertanding PRU, jawab isu 1MDB di Parlimen

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy hari ini dicabar supaya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi membolehkan beliau menjawab segala persoalan mengenai skandal syarikat itu di Parlimen kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Menurutnya, cabaran itu dibuat ekoran pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Arul mengenai 1MDB baru-baru ini yang sepatutnya dijawab oleh Perdana Menteri.

Beliau mengulas kenyataan Arul sebelum ini yang mendakwa tindakan pembangkang menimbulkan semula isu pemilikan syarikat Good Star Ltd bertujuan untuk meraih publisiti murahan.

“Dua tiga hari ini, dia (Arul) banyak buat kenyataan mengenai 1MDB yang mana semua kenyataan ini sepatutnya dijawab dalam parlimen,” katanya pada sidang media di Parlimen.

“Apa Arul Kanda buat ini (seolah-olah) penghinaan kepada parlimen kerana ia patut dijawab dalam Parlimen (tetapi) dia ) jawab di luar parlimen. Mana boleh. Ini menyebabkan Parlimen kita jadi bahan jenaka.

“Saya cabar dia untuk bertanding pada pilihan raya umum atas tiket BN supaya selepas ini dia boleh jawab (isu 1MDB) di Parlimen.

“(Nanti) dia kan boleh beritau berapa dia dibayar dan jawab semua isu ini kepada rakyat,” katanya lagi. – Roketkini.com