Berita

Warkah kepada Rakyat Malaysia untuk PRU14

Rabu, 28 March, setelah peluang ahli parliamen untuk bercakap dihadkan kepada 10 minit, cadangan persempadanan semula diluluskan secara tergesa-gesa dalam parliament.

Ketika PRU-11 pada tahun 2011, pihak pembangkang terpaksa menerima kekalahan antara yang paling teruk akibat persempadanan semula. Arwah ayah saya, Kerk Kim Hock, iaitu Setiauasaha Agung DAP yang mempertahankan kerusi Kota Melaka pada ketika itu tewas dengan majoriti hanya 200 undi.

Kota Melaka yang menjadi kubu kuat DAP sejak 1969 tidak pernah dianggap kerusi mampu menang oleh BN. Namun, persempadanan semula menjadi antara faktor yang memungkinkan kemenangan ajaib kepada BN.

Dalam PRU-13 pula, dengan penguasaan hanya 47 peratus undi popular, BN tetap membentuk kerajaan campuran tanpa popuariti menerusi 60 peratus kerusi parliamen yang diperoleh. Sekali lagi, penentuan sempadan memenangkan BN.

Kali ini, kaedah yang sama diulangi. Persempadanan semula yang tidak adil serta begitu memihak kepada BN dilakukan. Penganalisis politik serta aktivis, Wong Chin Huat turut menjelaskan bahawa langkah persempadanan semula ini memungkinkan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya dengan penguasaan hanya 40 peratus undi popular.

Kesanggupan BN untuk membenarkan tindakan amat tidak demokratik di Malaysia ini sesungguhnya begitu mengaibkan. Percubaan untuk menidakkan hasrat majoriti rakyat Malaysia dengan cara sebegini memang memalukan.

Kehilangan undi popular dalam PRU-13 jelas gagal mengajak BN untuk bermuhasabah serta menanamkan hasrat untuk merobah atau menyakinkan rakyat Malaysia agar dipilih semula sebagai kerajaan.

Keengganan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak serta para menteri BN untuk mengakui hakikat kesempitan hidup yang terpaksa diharungi rakyat marhaen akibat masalah ekonomi pada hari ini serta pelbagai helah untuk menyembunyikan skandal terbesar di dunia, – 1MDB jelas membuktikan kelemahan urus tadbir kerajaan yang ketandusan keinginan politik serta belum mahu insaf.

Rakyat sudah serik. Malaysia wajar maju ke hadapan tanpa BN.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar keluar mengundi untuk menentang dan menolak keazaban angkara BN dalam pilihan raya akan datang. Saya menyeru rakyat Malaysia yang menghargai demokrasi, keadilan serta tadbir urus berintegriti supaya bukan sahaja keluar mengundi malah mengerahkan setiap pengundi di sekeliling kita untuk turut berbuat sedemikian.

Satu-satunya cara yang tinggal untuk menangani kesan persempadanan semula agar Demokrasi terus mekar di Malaysia adalah dengan memastikan bilangan pengundi yang  amat besar membuang undi pada hari mengundi.

Ingatlah : Bukannya Najib, Umno, MCA, MIC, atau BN yang kita tentang. Musuh sebenar kita ialah sistem yang buta terhadap isu 1MDB, National Feedlot Corporation, Felda Global Ventures, Teoh Beng Hock dan penindasan terhadap jutaan rakyat Malaysia yang dibiar berlanjutan.

Pertukaran kerajaan yang memungkinkan kewujudnya sistem dua parti dalam sejarah Malaysia sahajalah yang bakal menerbitkan sinar harapan bagi rakyat Malaysia. – Roketkini.com

*Kerk Chee Yee adalah Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang