• Utama
  • Mengenai Kami
  • Ubah TV
    Jumaat, 15 Januari 2021

    roketkini.com

    Berita

    DAP umum berdepan PRU14 tanpa lambang roket di Semenanjung

    Pada 5 April 2018
    oleh RoketKini

    DAP hari ini mengumumkan keputusan untuk tidak menggunakan lambang roket pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) di Semenanjung Malaysia.

    Keputusan tersebut dibuat berdasarkan persetujuan bersama komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menggunakan satu logo daripada empat parti komponen.

    Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, keputusan ini juga diambil berikutan keengganan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan.

    “Kita perlukan satu lawan satu dengan BN, tambahan lagi Pakatan Harapan masih belum diluluskan oleh ROS sebagai pertubuhan rasmi,” katanya pada sidang media di Parlimen sebentar tadi.

    Bagaimanapun kata Guan Eng, komponen HARAPAN bersetuju penggunaan logo DAP di Sabah dan Sarawak.

    Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka mengumumkan logo bersama pada ceramah mega yang dijadualkan esok di Pasir Gudang, Johor.

    Menurut Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, keputusan muktamad penggunaan logo bersama yang dipilih antara empat parti itu telah dipilih dalam mesyuarat majlis presiden pagi tadi.

    “Kita sudah buat keputusan tetapi akan hanya umumkannya esok di Pasir Gudang,” kata beliau kepada media selepas mesyuarat di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya lapor Malaysiakini.

    Beliau berkata mesyuarat pagi ini diadakan memandangkan parlimen dijangka dibubarkan dalam masa terdekat.

    “Sudah tentu kerajaan mahu perangkap kita supaya mereka boleh menipu.”

    Februari lalu, HARAPAN telah memfailkan saman terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana didakwa gagal memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.

    Penggunaan logo bersama HARAPAN itu mustahak bagi memudahkan pengundi membuat pilihan selain menunjukkan kesepaduan gabungan komponen HARAPAN. – Roketkini.com

    Tags : DAP tidak guna logo roket PRU14, pru14, satu logo
    ARTIKEL SEBELUM Kawal monopoli syarikat pengeluar elak kenaikan harga barang
    ARTIKEL SETERUSNYA Tunggu bubar parlimen, dia bubar parti Mahathir

    ARTIKEL BERKAITAN

    Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

    15 Januari 2021 - 5:32 pm

    Dulu Parlimen boleh berfungsi walau ada 4 proklamasi darurat, kenapa sekarang tidak?

    15 Januari 2021 - 12:45 pm

    ‘Libatkan semua agensi berwajib siasat isu kartel daging’

    15 Januari 2021 - 12:17 pm

    E-paper

    • Solidariti Bersama Lim Guan Eng
      13 Ogos 2020

    Facebook

    Twitter

    Tweets by @roketkini
    © Hakcipta 2021 roketkini.com