Berita

Undi hari Rabu: SPR penuhi hajat UMNO-BN

Penetapan tarikh hari Rabu 9 Mei sebagai hari mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-14 mengundang kemarahan ramai pihak yang terpaksa mengatur perjalanan untuk pulang mengundi pada hari bekerja.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah tengah hari tadi.

Apa yang menghairankan, Hashim kemudiannya bertindak melarikan diri sebelum sempat disoal oleh wartawan. Justeru membangkitkan persoalan kenapa beliau enggan memberi justifikasi kepada keputusan menetapkan hari mengundi di tengah minggu.

“Walaupun wartawan menjerit memanggil ‘Tan Sri! Tan Sri!’, Hashim meninggalkan sidang media tersebut dengan begitu cepat.

“Mohd Hashim tidak mampu menjelaskan rasional kenapa SPR menetapkan hari Rabu sebagai hari mengundi,” ujar pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Menurut beliau, keputusan SPR untuk menetapkan hari Rabu sebagai hari mengundi, berbanding hari Sabtu 5 atau 12 Mei, adalah isyarat bahawa SPR mematuhi kehendak dan objektif UMNO.

UMNO, katanya, tidak mahu orang ramai keluar mengundi.

Adalah difahami bahawa peratus keluar mengundi yang rendah adalah sangat memberi kelebihan kepada UMNO. – Roketkini.com