Rencana

Shamsiah Fakeh srikandi bangsa menuntut kemerdekaan

Saya, Jamaliah bt Jamaludin ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti DAP ke atas kepercayaan dan keyakinan terhadap saya dan telah mengumumkan saya sebagai bakal calon kawasan DUN Bandar Utama, Selangor pada hari ini.

Saya berumur 29 tahun dan telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya sejak tahun 2016.  Saya juga telah menyertai parti DAP sejak awal tahun 2016 kerana ia merupakan sebuah parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan pendapatan.

Nenek saya adalah Allahyarhamah Shamsiah Fakeh, seorang wirawati dan pejuang bangsa yang amat penting dalam sejarah kita. Beliau adalah pemimpin AWAS, organisasi wanita pertama dalam sejarah Malaysia, dan beliau juga merupakan seorang pejuang kemerdekaan pada waktu Tanah Melayu dijajah oleh British.

“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.” Ini adalah kata-kata nenek saya.

Nenek saya adalah idola saya. Jikalau bukan apa yang nenek sentiasa ajarkan kepada saya tentang perjuangan, tentang Malaysia ini tanah milik kita semua, tidak kira apa jua kaum, bangsa, jantina, tentang berani dan betul, saya tidak akan mempunyai satu impian pada suatu hari, kita akan mempunyai satu kita akan mempunyai satu negara yang berpaksikan rakyat dan bukan kroni.

Pada masa penjajahan British, nenek saya tiada pilihan selain daripada menyertai dalam perjuangan dan peperangan.

Hari ini, saya berjuang atas prinsip menegakkan keadilan, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menolak politik rasuah, perkauman dan ekstremisme.  Oleh itu, saya telah memilih berjuang bersama DAP dan Pakatan Harapan untuk UMNO-Barisan Nasional yang telah merosakkan Malaysia sebagai sebuah Negara kleptokrasi terkemuka antarabangsa.

Pimpinan DAP dan Pakatan Harapan telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyumbang dan berbakti kepada negara ini, sebagai seorang anak muda, seorang wanita, dan seorang cucu srikandi bangsa.

Saya akan meneruskan perjalanan saya, dan saya tidak akan berhenti sehingga impian saya dan impian semua rakyat Malaysia ini dibebaskan daripada cengkaman UMNO dan BN dicapai.

Demi Malaysia baru yang lebih baik, demi masa depan Malaysia tercinta!

*Jamaliah Jamaluddin merupakan bakal calon Pakatan Harapan DUN Damansara Utama mewakili DAP